terrestrial refraction | pembiasan daratan | Fizik | Optik | Pembiasan yang dicerap bagi cahaya yang terbit dari punca yang terletak di dalam atmosfera bumi. Fenomenon ini berlaku hanya untuk biasan yang disebabkan oleh ketidakhomogenan atmosfera itu sendiri, misalnya yang disebabkan oleh hablur ais yang terapung di udara. |
double refraction | pembiasan ganda | Fizik | Optik | Pembiasan yang menghasilkan pemisahan suatu alur cahaya oleh hablur, seperti kuartza, kalsit dan turmalin kepada dua komponen cahaya biasa dan cahaya luar biasa yang bergerak dengan kelajuan berbeza. dwirefringens. |
superstandard refraction | pembiasan adipiawai | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pembiasan oleh atmosfera atau sebahagian atmosfera yang indeks biasanya mengurang mengikut ketinggian pada kadar lebih daripada 12 unit-N per 1000 kaki. Lihat perambatan adipiawai. |
substandard refraction | pembiasan subpiawai | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pembiasan oleh atmosfera atau sebahagian amosfera yang indeks biasannya mengurang mengikut ketinggian pada kadar kurang daripada 12 unit-N per 1000 kaki. |
mirage | logamaya | Sains | Hidrometeorologi | Fenomena optik atmosfera yang dihasilkan oleh pembiasan cahaya di lapisan-lapisan udara berhampiran dengan permukaan bumi yang disebabkan oleh gradien suhu yang besar secara menegak dan perubahan-perubahan petunjuk pembiasan yang berkait dengannya. Terdapat dua kelas utama logamaya, iaitu inferior dengan superior, yang padanya imej maya adalah masing-masing di bawah dan di atas objek. Logamaya inferior dilihat di atas permukaan amat panas dan rata (misalnya gurun atau jalan) dan memberi salah amatan suatu bentangan air; ia disebabkan oleh pembiasan cahaya ke atas yang kuat dari langit cerah ke arah pencerap. Logamaya superior dilihat atas suatu permukaan rata yang mempunyai suhu yang lebih rendah daripada suhu udara di atasnya; dalam hal ini, cahaya dari suatu objek dilencongkan ke bawah ke arah pencerap, seperti dengan logamaya muncul. Dalam keadaan fizikal sedemikian pantulan berganda mungkin menimbulkan berbagai-bagai imej, setengah-setengahnya teralih secara sisian dan objek berkenaan, seperti Fata Morg |
looming | logamaya herot | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Fenomena optik yang terhasil oleh pembiasan cahaya yang melebihi sudut normal, dan ini menyebabkan objek biasanya kelihatan muncul di bawah ufuk. Pembiasan ini terjadi apabila ketumpatan udara lebih cepat berkurangan mengikut ketinggian berbanding dnegan dalam keadaan atmosfera biasa. |
catadioptric | katadioptrik | Fizik | Optik | Berkenaan dengan, dihasilkan oleh satu melibatkan kedua-dua proses pantulan dan pembiasan cahaya. Sifat sistem yang berkaitan dengan proses pantulan dan pembiasan cahaya. |
refraction | pembiasan; biasan | Fizik | Tiada | Tiada |
refraction | pembiasan; biasan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
normalization | pembiasan; penormalan | Geografi | Tiada | Tiada |