Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bung.ku.san] | ڤمبوڠکوسن

Definisi : perbuatan (proses) membungkus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bung.ku.san] | ڤمبوڠکوسن

Definisi : perihal, perbuatan, proses dsb membungkus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembungkusan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
packaging materialbahan pembungkusanHerbaPeraturan dan PemasaranBahan yang digunakan untuk membungkus sesuatu bahan atau produk herba dan kosmetik termasuklah bahan pembungkusan yang digunakan untuk tujuan pengangkutan atau penghantaran. Bahan pembungkusan terdiri daripada dua jenis, iaitu primer dan sekunder. Contoh bahan pembungkusan primer seperti botol, tiub, paket, uncang dan pek gelembung yang bersentuhan secara langsung dengan produk. Contoh bahan pembungkusan sekunder seperti kotak dan karton yang digunakan untuk membungkus setiap unit produk.
vacuum packagingpembungkusan vakumMakanan dan PemakananMakananProses pembungkusan yang mengeluarkan sebahagian atau semua udara daripada bekas (tegar atau fleksibel) sebelum dikedapkan. Pembungkusan vakum digunakan untuk mengekalkan rasa, menghalang pertumbuhan bakteria dan memanjangkan jangka hayat produk makanan.
packaging materialbahan pembungkusanHerbaTiadaBahan yang digunakan untuk membungkus sediaan herba seperti botol, penutup, vial, kotak, karton dan sebagainya. Bahan pembungkusan boleh dibuat daripada bahan kaca, plastik, kertas, tin dan foil aluminium. Terdapat dua jenis bahan pembungkusan, iaitu primer dan sekunder. Pembungkus primer ialah bahan yang bersentuhan secara langsung dengan sediaan herba seperti botol, penutup, vial, ampul, kelongsong, uncang dan pek blister. Pembungkus sekunder seperti kotak dan karton ialah bahan yang membungkus pembungkusan primer.
rigid packagingpembungkusan tegarMakanan dan PemakananMakananBungkusan yang mempunyai kekuatan menahan impak luaran yang tinggi. Pembungkusan tegar bertujuan untuk melindungi kandungan bahan yang terdapat di dalamnya dan mempunyai ciri-ciri halangan yang tinggi untuk menentang perubahan suhu. Contoh pembungkusan tegar ialah cawan, botol, tin, polietilena tereftalat (PET) dan sebagainya.
batch packaging recordrekod pembungkusan kelompokHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang berkaitan dengan setiap tahap proses pembungkusan bagi suatu kelompok atau sebahagian kelompok produk siap herba. Rekod ini mengandungi maklumat lengkap kelompok produk seperti nama dan kuantiti produk pukal yang perlu dibungkus, kuantiti dan nombor produk siap, tarikh dan waktu operasi pembungkusan dan maklumat lain yang berkaitan . Rekod ini adalah sebahagian daripada rekod pengilangan kelompok.
modified atmospheric packaging (MAP)pembungkusan atmosfera terubah suai (MAP)Makanan dan PemakananMakananKaedah pengawetan untuk memanjangkan jangka hayat produk makanan segar dengan mengubah suai komposisi udara atmosfera dalam pek pembungkusan. Kaedah ini akan mengurangkan jumlah oksigen dan menggantikannya dengan gas lengai seperti nitrogen atau karbon dioksida. Pembungkusan atmosfera terubah suai dapat melambatkan pertumbuhan organisma aerobik dan mencegah tindak balas pengoksidaan.
packingpembungkusan; lembaran bawah; pemadatanGeografiTiada2. Pembungkusan: Proses membungkus barangan sebelum dipasarkan atau dieksport.
packingpembungkusan; lembaran bawah; pemadatanPentadbiran PerniagaanTiada1. Pembungkusan: Proses membungkus benda pos untuk penghantaran.
integrated circuit packagingpembungkusan litar bersepaduKejuruteraanTiadaPembungkusan yang mengandung litar bersepadu dan membolehkan penyambung dari luar ke litar bersepadu tersebut.
environmental packagingpembungkusan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembungkusan yang direka bentuk dan dihasilkan dengan menggunakan bahan yang mudah dikitar semula, diguna semula dan selamat terhadap individu dan alam sekitar.
12345678910

Kembali ke atas