isolation diffusion | pembauran pemencilan; peresapan pemencilan | Fizik | Tiada | Tiada |
seasonal isolation | pemencilan bermusim | Biologi | Genetik | Sejenis pemencilan pembiakan ekologi apabila spesies berlainan membiak pada masa berlainan. |
ecological isolation | pemencilan ekologi | Biologi | Genetik | Mekanisme pemencilan sebelum pengawanan, apabila setiap ahli spesies yang berbeza tidak bertemu kerana setiap spesies hidup dalam habitat masing-masing. |
sexual isolation | pemencilan seks | Biologi | Genetik | lih. pemencilan etologi. |
ethological isolation | pemencilan etologi | Biologi | Ekologi | Sempadan atau halangan pengawanan di kalangan individu daripada spesies yang berlainan disebabkan oleh perbezaan lakuan pelamaran. Pemencilan etologi terbahagi kepada tiga kategori iaitu: (a) rangsangan penglihatan. Ini termasuklah warna, corak warna pada badan, bentuk badan dan pergerakan. Rangsangan ini bertindak bersama-sama dengan rangsangan pendengaran, rasa, atau rangsangan kimia; (b) rangsangan pendengaran. Ini termasuklah nyanyian, panggilan serta isyarat bunyi lain. Misalnya, bunyi yang spesifik memainkan peranan penting dalam lakuan pelamaran katak dan burung; (c) rangsangan kimia. Rangsangan ini dikesan sama ada dengan sentuhan atau bau. Banyak spesies yang menghasilkan bau untuk pengawanan, misalnya mamalia. |
isolation | pemencilan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar yang memisahkan diri dan tidak mengambil tahu tentang urusan negara lain. Sebelum Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat terkenal dengan dasar pemencilan ini. Contohnya, pada tahun 1919 Amerika Syarikat tidak menandatangani perjanjian Versailles dan tidak menyertai Liga Bangsa. Walau bagaimanapun, selepas peperangan tersebut Amerika Syarikat tidak lagi mengamalkan dasar ini. Malah negara ini lebih mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal politik negara lain atas dasar menjaga keamanan dunia. |
isolation mechanism | mekanisme pemencilan | Biologi | Ekologi | Mekanisme yang cenderung untuk membezakan dua bangsa atau dua spesies yang berkaitan yang membolehkannya lebih mencapah dalam evolusi. Ini termasuklah pemencilan geografi, perubahan musim pembiakan, kekurangan daya tarikan seks antara dua spesies, kesukaran mekanik, seperti saiz yang menjadikan kopulasi mustahil, kemandulan, atau ketaksuburan hibrid. |
isolation | pemencilan | Herba | Tiada | Proses pengasingan atau pemisahan sebatian kimia daripada campuran dalam suatu ekstrak atau fraksi herba. Proses ini boleh dilakukan secara pengekstrakan cecair-cecair dan kromatografi. Contohnya, pemencilan miristisin daripada biji buah pala. |
baiting technique | teknik umpan | Biologi | Patologi | Kaedah pemencilan patogen, terutamanya bawaan tanah, dengan menggunakan bahan atau perumah tertentu yang digemari oleh patogen. Kemudian pemencilan patogen dilakukan daripada bahan atau perumah tersebut. |
social isolation | pemencilan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya. |