Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.li.han] | ڤميليهن

Definisi : hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil; ~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organis­ma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cen­derung membiak dgn banyak; ~ bertingkat (berjenjang) ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mem­punyai ciri terbaik utk dikacukkan; ~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.li.han] | ڤميليهن

Definisi : perbuatan atau hal memilih: ~ dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman seseorang calon. ~ umum pemilihan wakil rakyat yg dibuat secara undi atas dasar demokrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disruptive selectionpemilihan porak-perandaBiologiGenetikPemilihan dua ekstrem terhadap sesuatu fenotip untuk menghasilkan dua strain tak selanjar setelah beberapa generasi pemilihan. Misalnya, pemilihan beberapa generasi bijirin untuk suatu tempoh tertentu bagi mendapatkan populasi bulir terpanjang dan bulir terpendek. pemilihan pelbagaian.
artificial selectionpemilihan buatanPertanianAgronomi

Pemilihan secara sengaja yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan tanaman yang mempunyai ciri diingini. Contohnya, baka padi yang moden adalah bersifat rendah dan tinggi hasilnya kerana telah melalui proses pemilihan buatan. Pemilihan buatan berbeza dengan pemilihan semula jadi yang diterangkan oleh Charles Darwin sebagai satu proses pemilihan yang memastikan tumbuhan yang dapat menyesuaikan dengan habitat sekeliling dapat bertahan manakala yang lain akan pupus.

site selectionpemilihan tapak; pemilihan kawasanPerikananTiadaTiada
site selectionpemilihan tapak; pemilihan kawasanPerhutananTiadaTiada
direct electionpemilihan langsungSains PolitikPolitik PerbandinganPemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki.
cyclical selectionpemilihan kitarBiologiGenetikPemilihan dalam satu arah diikuti dengan pemilihan dalam arah yang bertentangan secara kitaran, akibat persekitaran yang berubah. Misalnya, pemilihan yang dipengaruhi oleh suhu yang berubah mengikut musim.
artificial selectionpemilihan tiruanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pembiakan haiwan untuk menghasilkan anak yang mempunyai ciri fenotip terpilih. Pemilihan tiruan adalah dengan memilih jantan dan betina yang tertentu. Terdapat dua pendekatan pemilihan tiruan. Pertama, pembiak baka boleh membuat pemilihan satu ciri fenotip dengan tumpuan terhadap ciri tersebut sahaja. Kedua, pemilihan semula jadi pada persekitaran terkawal.
directional selectionpemilihan berarahBiologiGenetikPemilihan fenotip menuju kepada arah yang dikehendaki. Misalnya, pemilihan baka getah yang menghasilkan banyak lateks.
progeny selectionpemilihan progeniPertanianAgronomi

Pemilihan baka yang terbaik daripada biji  benih hasil kacukan beberapa genotip. Pemilihan ini dibuat berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti hasil, kualiti dan ketahanan terhadap penyakit. 

germinal selectionpemilihan germaBiologiGenetik1. Pemilihan sel germa oleh manusia untuk digunakan dalam menghasilkan generasi berikutnya bagi spesies yang didomestikkan. 2. Pemilihan semasa gametogenesis mutasi teraruh, yang merencat pembiakan sel mutan.
12345678910...

Kembali ke atas