Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mo.de.nan] | ڤمودنن

Definisi : perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pem­baruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mo.de.nan] | ڤمودنن

Definisi : perbuatan atau hal memodenkan; pembaharuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moden (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan terkini, terkemas kini, terbaru, terakhir, semasa, mutakhir;,
Kata Terbitan : kemodenan, pemodenan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modernizationpemodenanGeografiTiadaTiada
agent of modernizationagen pemodenanGeografiTiadaTiada
Government Technology (GovTech)Kerajaan Berteknologi MajuPentadbiranTiadaPendekatan keseluruhan kerajaan untuk pemodenan sektor awam. GovTech menekankan tiga aspek, iaitu perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit. (RMK12)
administrative theoryteori pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Pendapat, asas, dasar atau prinsip-prinsip am yang menjadi panduan dalam perkembangan ilmu pentadbiran. Tiga aspek yang perlu diberi perhatian bagi menjelaskan ‘Teori Pentadbiran’ ialah pemulihan, pembaharuan dan pemodenan pentadbiran. Pemulihan berkaitan dengan mengubah suai dan memperbaharui jentera pentadbiran. Manakala pembaharuan dan pemodenan pentadbiran merangkumi perubahan dalam prosedur, sikap pentadbir dan program serta dasar-dasar tindakan kerajaan. Pelopor kajian tentang teori pentadbiran ialah Woodrow Wilson (1887).

development administrationpentadbiran pembangunanPentadbiranPentadbiran Awam

Pengukuhan dan penambahbaikan teknik, proses dan sistem bagi meningkatkan keupayaan pentadbiran sesebuah negara. Pentadbiran pembangunan mengandaikan pemodenan negara bergerak seiringan dengan struktur birokrasinya. Menurut Lucien Pye, birokrasi yang berkesan boleh menyumbang kepada pembinaan negara bangsa. Pentadbiran pembangunan berkembang pada tahun 1950-an hasil penggabungan bidang ekonomi klasik dengan bidang pentadbiran awam.

counter eliteelit sainganSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok kelas atasan yang memberi saingan kepada kelompok elit yang selama ini mendominasi politik dalam sesebuah masyarakat atau negara. Elit saingan muncul kesan daripada proses sosialisasi yang terbentuk dalam masyarakat tersebut sama ada melalui pendidikan, pemodenan dan juga pendedahan terhadap ideologi luar. Kemunculan elit saingan ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan dan dominasi elit yang telah lama bertapak dan berpengaruh khususnya dari aspek idea, nilai dan strategi. Misalnya, kemunculan kelas menengah Melayu kesan daripada pemodenan dan pendidikan telah memberi saingan kepada dominasi elit tradisional Melayu dalam strata masyarakat yang akhirnya telah mengambil alih teraju kepimpinan masyarakat Melayu.
central agencyagensi pusatPentadbiranPentadbiran Awam

Badan bertindak kerajaan di peringkat persekutuan yang bertanggungjawab menggubal dasar pengurusan kewangan dan membantu membangunkan ekonomi negara. Badan ini juga terlibat dalam pengurusan sumber manusia sektor awam di samping memantau dan mengawalselia pelaksanaan dasar yang berkaitan. Contoh agensi pusat ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Kesemua agensi pusat ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

administrative agencyagensi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau organisasi yang diwujudkan untuk melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Agensi ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu agensi pusat dan agensi mengurus. Agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensi mengurus. Contoh agensi pusat ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), manakala agensi mengurus ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS). Agensi mengurus pula berperanan melaksanakan perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan dalam melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Bagi memastikan agensi mengurus bertindak dengan cekap dan berkesan, maka agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa keperluan dalam mengawasi perjalanan agensi tersebut.

secular trendarah aliran sekularEkonomiTiadaKecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular.

Kembali ke atas