benchmarking | penandaarasan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti, mengamalkan dan membudayakan amalan kerja organisasi yang terbaik dan cemerlang di dalam atau di luar organisasi. Penandaarasan juga merupakan satu tindakan untuk memperkukuh pelaksanaan PKM dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan agensi kerajaan. Bagi memudahkan agensi kerajaan melaksanakan program penandaarasan, kerajaan telah mengenal pasti satu garis panduan yang terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1999, iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam. Penandaarasan dilaksanakan dengan cara membandingkan aktiviti atau pencapaian teras organisasi dengan badan dalam atau luar organisasi dalam kategori yang sama. Contohnya, perbandingan standard perkhidmatan kaunter pelanggan Pos Malaysia dengan Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara. |
benchmarking | penandaarasan | Pengurusan | Perancangan | Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti dan membandingkan prestasi sesebuah organisasi dengan prestasi organisasi lain yang dianggap mempunyai amalan terbaik. Penandaarasan bertujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi seperti mana yang telah dicapai oleh organisasi yang berkenaan. Contoh aktiviti penandaarasan yang berjaya ialah sebuah syarikat cetakan pendua dari Amerika Syarikat yang berjaya memperbaik prestasi perkhidmatannya dengan merujuk kepada amalan terbaik syarikat-syarikat pesaing dari Jepun. |
competitive benchmarking | penandaarasan saingan | Pengurusan | Perancangan | Proses membandingkan aktiviti dan prestasi organisasi dengan tujuan untuk meneladani dan mengikuti amalan terbaik dalam kalangan pesaing dalam industri atau skop pengurusan yang sama. Contoh penandaarasan saingan ialah tindakan universiti di Malaysia menetapkan piawai pengukuran prestasi cemerlang dengan membandingkan tahap pengukuran prestasi universiti-universiti ternama di dunia. Contoh penandaarasan saingan dalam skop pengurusan pula adalah seperti pendekatan perkhidmatan pelanggan dalam sektor perbankan yang mengambil teladan kejayaan perkhidmatan pelanggan dalam sektor penerbangan. Lihat juga penandaarasan. |
benchmarking | penandaarasan | Pentadbiran | Pengurusan | - |
competitive benchmarking | penandaarasan saingan | Pentadbiran | Pengurusan | - |
organisational analysis | analisis organisasi | Pengurusan | Perancangan | Proses yang menilai keupayaan organisasi secara sistematik yang membawa kepada penentuan tahap daya saing organisasi. Analisis organisasi yang berkala dan terperinci membolehkan pengurusan organisasi tersebut memahami kedudukan prestasi semasa. Di samping itu, analisis ini perlu untuk mengenal pasti masalah dan peluang dengan tepat dan seterusnya membangunkan pelan tindakan yang bersesuaian. Antara instrumen yang lazim digunakan dalam analisis organisasi ialah analisis persekitaran (SWOT) dan penandaarasan. Lihat juga analisis SWOT, penandaarasan. |
process improvement | penambahbaikan proses | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau tindakan yang dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti dan memperkemas sistem dan peraturan yang sedia ada dalam sesebuah organisasi. Kebiasaannya, penambahbaikan proses melibatkan penilaian semula sistem pentadbiran, pengurusan semasa dan penstrukturan organisasi. Tindakan ini termasuk menilai semula keupayaan untuk mencapai matlamat, misi dan wawasan yang telah ditetapkan. Ia melibatkan perancangan yang rapi, pengurusan yang cekap, penandaarasan, TQM, ISO dan sebagainya. Tindakan yang diambil ini biasanya akan bersandarkan kepada sesuatu metodologi atau strategi yang tersusun untuk menghasilkan sesuatu objektif yang disasarkan. |