asthenopia | astenopia | Perubatan | Tiada | Keadaan yang berlaku apabila organ penglihatan menjadi lemah dan cepat penat. Keadaan ini ditandai dengan rasa sakit pada mata, pening dan kekaburan penglihatan. |
asthenopia | astenopia | Sains Kesihatan | Tiada | Merujuk kepada sebarang keluhan berkaitan dengan kerengsaan mata. Contohnya mata berair, mata merah, mata penat, mata rasa berpasir dan sebagainya. |
broncheal asthma | asma bronkial | Perubatan | Tiada | Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh bersenam, habuk dan stres psikologi. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penyakit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin. |
bronchial asthma | asma bronkial | Perubatan | Farmakologi | Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit, yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh habuk, stres psikologi dan bersenam. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penya kit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin. |
encephalitis | ensefalitis | Pendidikan | Tiada | Satu bengkakkan pada otak atau tisu lapisan luar otak yang disebabkan oleh beberapa virus. Sesetengahnya boleh mengakibatkan perubahan saraf yang berterusan selepas bengkakkan itu berhenti. Simptomnya seperti cepat penat, koma, sakit kepala dan lumpuh. |