dental education | pendidikan pergigian | Perubatan | Tiada | Pendidikan tentang kepentingan kesihatan pergigian, cara penjagaan kesihatan pergigian, pencegahan dan penggalakan amalan pencegahan dan penjagaan. |
dental health education | pendidikan kesihatan pergigian | Perubatan | Tiada | Pendidikan tentang kepentingan kesihatan pergigian, cara penjagaan kesihatan pergigian, pencegahan dan menggalakkan amalan pencegahan dan penjagaan. |
preventative action | tindakan pencegahan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan yang diambil untuk menghalang kebarangkalian kejadian yang tidak diingini daripada berlaku pada masa akan datang. Tindakan pencegahan dikenal pasti dan diperoleh daripada cadangan audit dalaman atau aduan pelanggan. Tindakan ini merupakan proses proaktif untuk menambah baik dan memberi respons pantas terhadap masalah atau aduan. Tindakan pencegahan melibatkan kajian semula prosedur operasi, analisis data, trend dan risiko serta keputusan pengujian kecekapan. |
preventive measure | tindakan pencegahan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Satu atau lebih tindakan, prosedur, kaedah dan aktiviti dalam sistem HACCP. Langkah pencegahan yang berkesan dapat menghalang, meminimumkan dan memusnahkan potensi bahaya yang dikenal pasti kepada tahap yang selamat. |
prophylaxis | profilaksis | Biologi | Patologi | Pengawalan penyakit dengan cara pencegahan, iaitu dengan cara menghalang atau menghindari berlakunya persentuhan antara perumah yang sihat dengan patogen. lih. pengawalan pencegahan. bd. terapi. |
early intervention | pencegahan awal | Pendidikan | Tiada | Program untuk kanak-kanak yang kurang upaya bagi meningkatkan peluang mereka memasuki program pendidikan biasa. Biasanya fokus pencegahan adalah kepada pengurusan fungsi tubuh dan kemahiran praakademik. |
prophylaxis | profilaksis | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan melindungi atau mencegah daripada penyakit 2. Pencegahan atau rawatan perlindungan daripada penyakit untuk mengelakkan sesuatu penyakit daripada merebak. Profilaksis terbahagi kepada dua jenis bergantung pada keadaan, iaitu profilaksis primer dan profilaksis sekunder. Profilaksis primer ialah tindakan pencegahan daripada kemunculan sebarang penyakit. Profilaksis sekunder ialah keadaan apabila suatu penyakit telah pun dihadapi oleh pesakit dan pencegahan dilak:ukan bagi merawat penyakit bexkenaan supaya tidak menjadi lebih memudaratkan. |
hazard analysis critical control point (HACCP) | takat kawal kritis analisis bahaya (HACCP) | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Pendekatan pencegahan yang sistematik kepada keselamatan makanan dan pencegahan bahaya jenis biologi, kimia dan fizikal dalam proses yang boleh menyebabkan produk akhir makanan menjadi tidak selamat. Sistem HACCP merupakan protokol keselamatan makanan untuk pengilang dan penghasil makanan berdasarkan prinsip analisis bahaya dan penilaian risiko serta penentuan dan pengawalan titik kawalan kritikal. |
crime awareness campaign | kempen kesedaran jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Usaha penyebaran pengetahuan atau kefahaman mengenai jenayah kepada masyarakat umum tentang kepentingan pencegahan jenayah dan langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah. Contohnya, pemakluman umum melalui media, forum atau seminar tentang pencegahan jenayah. |
deterrence | pencegahan; cegah-rintang | Sains Politik | Tiada | Tiada |