Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cung.kil] | ڤنچوڠکيل

Definisi : benda (spt bilah, lidi, dll) yg digunakan utk mengeluarkan sesuatu dr lubang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cung.kil] | ڤنچوڠکيل

Definisi : sesuatu (spt bilah dll) yg digunakan utk mengorek atau mengeluarkan sesuatu dr lubang dsb: ~ gigi bilah utk mengeluarkan sisa makanan dr celah gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencungkil

Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
talent scoutpencungkil bakatKomunikasiTiadaTiada
talent scoutpencungkil bakatKomunikasiTiadaTiada
tooth pickpencungkil gigiPerubatanTiadaKepingan kayu atau bahan lain yang kecil dan runcing dihujungnya untuk membersihkan kawasan antara proksimal gigi.
hoof pickpencungkil telapukVeterinarTiadaTiada
dug-wellperigi galiHidrogeologiTiadaPerigi yang digali manusia dengan menggunakan alat seperti pencungkil, penyodok atau jentera penggali. Garis pusatnya antara 3 kaki hingga 30 kaki dan dalamnya hanya beberapa puluh kaki sahaja. Ruj.: Meinzer 1923
graspingmenggagauPerikananTiadaKaedah menangkap ikan yang hanya menggunakan tangan atau peralatan ringkas seperti penyodok, pisau pencungkil dan kayu. Kaedah ini terhad untuk menangkap ikan, hidupan yang tidak bergerak atau hidupan yang bergerak secara perlahan sahaja. Menggagau merupakan satu kaedah menangkap ikan yang paling mudah kerana tidak memerlukan peralatan yang rumit.
hand picking methodkaedah tangkap tanganPerikananTiadaKaedah yang paling primitif untuk menangkap ikan atau haiwan akuatik dengan menggunakan peralatan mudah seperti pisau, kepingan kayu dan pencungkil untuk mencungkil haiwan berkenaan, dan seterusnya dikutip dengan tangan. Kaedah ini hanya digunakan untuk menangkap haiwan yang tidak bergerak atau yang bergerak secara perlahan.
bone industryindustri alat tulangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada tulang untuk dijadikan senjata dan perhiasan. Alat ini terdiri daripada anak panah, tombak, sudip, sudu, pisau, pencungkil tanah, jarum, manik, kalung, gelang dan sebagainya. Cara penghasilan alat ini adalah dengan menebuk pada bahagian tulang atau dibilah sebahagian daripada tulang tersebut. Kebanyakan alat ini dijumpai pada Zaman Neolitik. Antara tulang yang kerap digunakan terdiri daripada tulang ikan, monyet, khinzir dan rusa.
artifactartifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBukti tinggalan berupa data arkeologi yang dibuat oleh manusia untuk keperluan kegunaan harian. Artifak dihasilkan daripada batu, tulang, kaca, tanah, logam dan kayu. Alatan ini biasanya digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan. Kepentingan artifak dapat menunjukkan perkembangan teknologi, budaya, umur dan kegunaannya. Contoh artifak ialah kapak batu, mata tombak, alatan pencungkil, pedang dan keris.

Kembali ke atas