Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ner.bang] | ڤنربڠ

Definisi : orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ner.bang] | ڤنربڠ

Definisi : orang yg menerbangkan kapal terbang; juruterbang; pemandu kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan melayang: bergerak di udara, mengapung,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, langsai, lingkup,

3. Bersinonim dengan berkhayal: berangan-angan, mengangan, mengangan-angan, mengelamun, melayang jauh, mengerawang, termenung-menung, membayang-bayangkan,

Kata Terbitan : berterbangan, menerbangkan, penerbang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aviatorpenerbangAeroangkasaTiadaOrang yang mengendalikan pesawat udara.,Gelombang kejutan yang mempunyai sudut kurang daripada 90 darjah dengan permukaan jasad.,Orang yang mengendalikan pesawat udara.
aerial photographic surveytinjauan fotoudaraGeografiTiadaSurvei permukaan bumi dengan menggunakan kapal terbang. Kapal terbang dibekali dengan kamera yang menangkap pandang darat melalui satu garis penerbang yang sistematik pada ketinggian tertentu untuk mendapatkan satu mozek bagi tujuan pemetaan sistem-sistem tanah, tanih, tumbuh-tumbuhan dan topografi.
alder flylalat alderBiologiEntomologiSerangga primitif dalam famili Sialidae (Neuroptera). Larva serangga ini merupakan pemangsa akuatik yang mempunyai tujuh atau lapan pasang apendaj abdomen berfilamen yang dignakan untuk respirasi. Serangga dewasanya berwarna perang dan mempunyai empat sayap membran. Serangga ini merupakan penerbang lemah dan hanya hidup beberapa hari.
thermaltermaSainsTiadaIsi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan.

Kembali ke atas