Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions | Organisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Badan penyelaras piawaian perakaunan dan pengauditan yang berpusat di Bahrain. Organisasi ini bertujuan mengeluarkan piawaian perakaunan antarabangsa mengikut kerangka syariah untuk diguna pakai oleh institusi kewangan Islam. Organisasi ini dianggotai oleh beberapa ahli sukarela yang mewakili pengguna penyata institusi kewangan Islam, akauntan, jurubank, ahli akademik, ahli syariah dan badan pengawal selia. Organisasi ini dipantau oleh jawatankuasa syariah yang menilai piawaian dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan syariah. Singkatan AAOIFI. |
auditing | pengauditan | Ekonomi | Tiada | Proses memeriksa penyata kewangan sesuatu organisasi oleh juruaudit untuk menentukan kebenaran dan kesahihannya. |
auditing | pengauditan | Pentadbiran | Tiada | Proses memeriksa penyata kewangan sesuatu organisasi oleh juruaudit untuk menentukan kebenaran dan kesahihannya. |
computer auditing | pengauditan komputer | Komputer | Tiada | Tiada |
method of auditing | kedah pengauditan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
software quality assurance | jaminan mutu perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Kaedah untuk memantau proses kejuruteraan perisian dan teknik yang digunakan bagi memastikan mutu perisian sentiasa terpelihara. Salah satu pendekatan yang biasa digunakan adalah menerusi pengauditan sistem jaminan mutu yang menyelia pembangunan perisian. Pengauditan ini dilaksanakan mengikut piawaian ISO 9000 atau Model Kematangan Keupayaan (CMM). Di Malaysia, aspek jaminan mutu keselamatan perisian mengikut piawaian Kriteria Umum Malaysia (MyCC). Jaminan mutu perisian tidak sama dengan kawalan mutu perisian yang lebih mementingkan aspek dokumentasi keperluan dan pengujian perisian. Dengan kata lain, jaminan mutu perisian memantau proses, manakala kawalan mutu perisian lebih menjurus kepada mutu produk. |
audit universe | jagat audit | Pentadbiran | Tiada | Pengauditan semua bahagian berpotensi yang boleh diaudit dalam sesebuah organisasi merangkumi proses, sistem, jabatan, dan entiti lain. |
preaudit | praaudit | Pentadbiran | Tiada | Persediaan juruaudit sebelum pengauditan sebenar. |
reasonable assurance | jaminan munasabah | Audit | Tiada | Kaedah pengauditan untuk mendapatkan pandangan yang munasabah bagi membolehkan juruaudit memberi pandangan terhadap perkara yang diaudit. Kaedah ini dapat memberikan tahap keyakinan yang tinggi kepada pengguna bahawa kenyataan palsu yang terkandung dalam penyata kewangan akan dapat dikesan. |
post-implementation review | penilaian pascapelaksanaan | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengauditan sistem baharu sebaik sahaja dilaksanakan untuk melihat keberkesanannya dan sama ada sistem ini telah memenuhi keperluan pengguna. |