clenching | pengetaman gigi | Perubatan | Tiada | Penyentuhan gigi maksila dan mandibel yang dilakukan dengan kekuatan. |
root planing | pengetaman akar | Perubatan | Tiada | Teknik membuat simentum lembut di permukaan akar gigi dan melicinkan lembah permukaan akar. |
milled timber | kayu siap | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu gergaji yang telah melalui proses kemasiapan seperti pengetaman dan pengumaian, dan menghasilkan kayu atau papan gergaji yang telah siap untuk digunakan. Misalnya, kayu tanggam lidah-lurah. |
shooting board | andas laras | Kesenian | Tiada | Andas yang mempunyai sudut yang boleh dilaraskan dan digunakan sebagai alas semasa kerja pengetaman dibuat. |
rough sawn timber | kayu gergaji kasar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Kayu yang sudah digergaji, yang padanya belum dilakukan sebarang proses kemasiapan, seperti pengetaman atau pengumaian. 2. Kayu balak yang belum dibuang kulitnya. |
dentino-cemental junction | temuan dentino-sementum | Pergigian | Tiada | Kawasan pertemuan di antara dentin dengan simentum dalam struktur gigi. Kawasan ini biasanya terletak di akar gigi. Dalam proses penskaleran atau pengetaman akar, lapisan simentum menjadi haus dan mendedahkan dentin yang boleh menyebabkan gigi terasa sensitif. |
loose knot | buku longgar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Buku kayu yang kejadiannya bebas daripada pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku ini tidak teguh kedudukannya, dan boleh tertanggal atau terkopak semasa penggergajian atau pengetaman, dan meningalkan lubang. Buku longgar mengurangi mutu dan kekuatan kayu. Sin: buku gegai |
tight knot | buku ketat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Buku kayu yang terjadi bersama pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku jenis ini terlekat teguh pada kedudukannya, tidak mudah tertanggal atau terkopak semasa penggergajian dan pengetaman. buku ketat tidak mengurangi mutu dan sifat kekuatan kayu. |
chip mark | kesan serpih | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Lekukan cetek pada permukaan kayu yang telah berketam disebabkan oleh serpai atau tatal kayu yang tertekan atau tergiris di antara permukaannya dengan torak semasa pengetaman atau pengumaian. Kesan ini berbeza daripada kesan akibat penggunaan alat yang tumpul. Sin: kesan serpai |