Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.han.ta.ran] | ڤڠهانترن

Definisi : perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.han.ta.ran] | ڤڠهانترن

Definisi : perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constant luminance transmissionpenghantaran kilauan malarKejuruteraanTiadaSejenis penghantaran yang primer-primer penghantaran adalah satu primer kilauan dan dua primer kekromaan.
joint movementpenghantaran bersamaKejuruteraanTiadaPenghantaran minyak yang menggunakan kemudahan satu atau lebih syarikat penghantaran.
broadbandjalur lebarTeknologi MaklumatTiadaMuatan penghantaran bagi sesuatu talian penghantaran seperti rangkaian komunikasi, bas komputer atau saluran komputer. Dalam komunikasi analog, jalur lebar diukur dalam Hertz (kitaran per saat). Dalam komunikasi digital, jalur lebar diukur dalam bit per saat (bps). Contohnya jalur lebar talian T-1 adalah 1.54Mbps manakala jalur lebar talian telefon biasa adalah 28.8 Kbps.
parallel transmissionpenghantaran selari;pemancaran selariKejuruteraanTiada1. Sistem penghantaran maklumat dalam komputer apabila aksara-aksara kata dihantar, biasanya secara serentak melalui talian-talian yang berlainan.,2. Penghantaran secara serentak bit-bit yang membentuk suatu aksara, sama ada melalui saluran-saluran yang berlainan atau frekuensi-frekuensi pembawa yang berlainan pada suatu saluran.
transmission losskehilangan penghantaranFizikAkustikNisbah antara kuasa pada suatu titik di dalam sistem penghantaran dengan kuasa pada suatu titik lain pada talian penghantaran tersebut dan dinyatakan dalam desibel.
nanovectornanovektorFizikNanoteknologiVektor yang menggunakan bahan nanostruktur seperti nanotiub karbon untuk penghantaran ubatan. Proses penghantaran ini amat berkesan terutamanya dalam peningkatan penyebaran air, bioketersediaan, penusukan sel ke dalam tisu dan mengurangkan ketoksikan. Contoh nanovektor yang digunakan ialah virus tumbuhan.
UDP (user datagram protocol)UDP (protokol datagram pengguna)Teknologi MaklumatTiadaProtokol komunikasi dalam Internet yang tidak memerlukan penghantaran boleh percaya. Contohnya, penghantaran data audio dan video. Protokol ini menggantikan TCP dalam TCP/IP dan menjadi UDP/IP.
IP multicastmultisiar IPTeknologi MaklumatTiadaKaedah penghantaran data dalam rangkaian menurut protokol Internet yang membenarkan beberapa komputer menerima penghantaran yang sama secara serentak. Ia lebih cepat jika dibandingkan dengan penghantaran paket demi paket kepada setiap komputer secara individu. Ia juga satu cara yang efisien untuk mengemas kini data yang tersimpan di beberapa lokasi jauh secara serentak.
IP multicastmultisiar IPTeknologi MaklumatTiadaKaedah penghantaran data dalam rangkaian menurut protokol Internet yang membenarkan beberapa komputer menerima penghantaran yang sama secara serentak. Ia lebih cepat jika dibandingkan dengan penghantaran paket demi paket kepada setiap komputer secara individu. Ia juga satu cara yang efisien untuk mengemas kini data yang tersimpan di beberapa lokasi jauh secara serentak.
contactless deliverypenghantaran tanpa sentuhPentadbiran PerniagaanTiadaPerkhidmatan penghantaran makanan atau barangan melalui pesanan dalam talian tanpa pertemuan dan sentuhan antara pelanggan dan penghantar. Makanan atau barangan akan diletakkan di tempat yang selamat, seperti lobi atau hadapan pintu rumah pelanggan. Pelanggan akan diberitahu melalui panggilan telefon atau teks mesej sebagai bukti pengesahan penghantaran.
12345678910...

Kembali ke atas