import risk analysis (IRA) | analisis risiko import (IRA) | Perikanan | Akuakultur | Proses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut. |
importation | pengimportan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
control of importation | kawalan pengimportan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan terhadap produk import. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), hanya produk berdaftar yang boleh diimport oleh syarikat yang mempunyai lesen import yang sah. |
imported product | produk import | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang dibawa masuk dari luar negara. Pengimportan produk herba dan kosmetik untuk tujuan penjualan di pasaran perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. |
Dangerous Drug Act 1952 | Akta Dadah Berbahaya 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang memperuntukkan pengawalseliaan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan, dan penggunaan opium serta beberapa ubat atau bahan berbahaya yang lain. Akta ini turut membuat peruntukan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah. |
Poisons Act 1952 | Akta Racun 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. |
medicines control agency | agensi kawalan ubat | Perubatan | Tiada | Sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawal dan memantau pengimportan, pendaftaran, pelesenan, pemasaran, penggunaan ubat dan pengumpulan maklumat kesan buruk ubat di sesebuah negara. Di Malaysia, agensi yang memainkan peranan tersebut ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. |
channels of technology transfer | salur pindah teknologi | Ekonomi | Tiada | Cara-cara bagaimana teknologi dapat dipindahkan, seperti melalui program kerjasama teknikal antara negara, menggunakan pakar-pakar asing, pengimportan mesin dan dokumen maklumat, perjanjian perlesenan dan paten, dan pelaburan asing langsung. |
cancellation of authorisation | pembatalan kebenaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan kebenaran yang telah diberikan kepada pengilang, pengimport atau pemborong untuk pengilangan, pengimportan atau pemborongan sebarang produk herba. Di Malaysia, Pengarah Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan. |
food security | keselamatan makanan | Pertanian | Agroteknologi | Keadaan dalam sesebuah negara berkaitan dengan status ketersediaan makanan untuk bekalan rakyatnya. Keselamatan makanan wujud sekiranya semua rakyat pada setiap masa mempunyai akses kepada makanan yang cukup, selamat dan berkualiti untuk memenuhi kehidupan yang aktif dan sihat. Makanan ini boleh dihasilkan sendiri oleh negara melalui pertanian atau diimport dari luar negara. Sekiranya jumlah makanan yang terdapat daripada kedua-dua sumber ini mencukupi untuk keperluan rakyat, maka tahap keselamatan makanan dianggap tinggi. Namun begitu, kebergantungan pada pengimportan makanan akan mendedahkan negara itu kepada risiko kerana pasaran makanan sedunia mungkin berubah-ubah dan terdapat kemungkinan makanan untuk diimport tidak mencukupi. Oleh itu, untuk memastikan keselamatan makanan, sesebuah negara mestilah mempunyai sektor pengeluaran makanan yang produktif. |