takaful coverage | perlindungan takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkhidmatan yang perlu diambil oleh pihak tertentu untuk menghadapi musibah. Keperluan ini mungkin wujud berdasarkan kesedaran pihak tertentu atau berdasarkan penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, pelan takaful keluarga dan takaful cermin kenderaan merupakan perlindungan yang dilakukan atas kesedaran sendiri, manakala contoh perlindungan takaful berdasarkan penguatkuasaan undang-undang ialah takaful motor pihak ketiga dan takaful gadai janji. Perolehan perlindungan berbentuk manfaat akan diberikan kepada peserta, waris atau gantian harta. |
enforcement of law | penguatkuasaan undang-undang | Undang-undang | Tiada | Tiada |
guaranteed fund | dana terjamin | insurans | Tiada | Dana yang ditubuhkan berikutan penguatkuasaan undang-undang dan dibiayai oleh levi daripada syarikat insurans yang beroperasi di negara berkenaan. Dana ini digunakan untuk membayar tuntutan insurans ke atas insurans yang bankrap. |
guaranteed fund | dana terjamin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dana yang ditubuhkan berikutan penguatkuasaan undang-undang dan dibiayai oleh levi daripada syarikat insurans yang beroperasi di negara berkenaan. Dana ini digunakan untuk membayar tuntutan insurans ke atas insurer yang bankrap. |
criminalistics | kriminalistik | Sains Forensik | Tiada | Bidang ilmu yang menggunakan prinsip sains bagi tujuan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang. Bidang ini melibatkan pengumpulan, analisis dan penilaian bahan bukti fizikal dalam kes jenayah. |
two-pronged test | ujian serampang dua | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Ujian yang digunakan dalam situasi apabila waran geledah diperlukan untuk penguatkuasaan undang-undang dan majistret menandatangani waran. |
water pollution control | kawalan pencemaran air | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah untuk menyelenggara dan mencapai kualiti air yang diingini termasuk pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang. |
criminal justice system | sistem keadilan jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sistem penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan siasatan, penahanan, pendakwaan, pembelaan, penghakiman, penghukuman dan saksi jenayah. Sistem ini berlandaskan keadilan dan berpandukan undang-undang. Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem ini terdiri daripada beberapa agensi atau jabatan seperti polis, pendakwa raya, mahkamah dan penjara. |
semi-democracy | separuh demokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Amalan demokrasi yang tidak sepenuhnya memiliki ciri-ciri demokrasi tulen. Sistem ini mempunyai ciri-ciri asas demokrasi seperti pilihan raya, dewan perwakilan, penguatkuasaan undang-undang, parti politik, kumpulan pendesak dan media. Walau bagaimanapun, demokrasi ini tidak membenarkan kebebasan yang luas dan meletakkan pelbagai batasan atau kawalan yang bertujuan mengekalkan status quo. Pilihan raya yang dilaksanakan sering dikuasai oleh kerajaan dengan membataskan ruang berkempen untuk pembangkang. Media dikuasai oleh pemerintah sementara kumpulan pendesak tidak sepenuhnya bebas. Perjalanan demokrasi dalam sistem ini begitu kuat ditentukan oleh pemerintah atau institusi negara dan sekali gus menjadikan persaingannya separuh demokratik. Contohnya, Malaysia, Indonesia dan Singapura pada dekad 1960-an -1980-an dianggap sebagai semidemokrasi. Sinonim semidemokrasi. |
rule of law | kedaulatan undang-undang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Peraturan dalam sesebuah negara yang berpegang kepada penguatkuasaan undang-undang negara tersebut. Kerajaan melaksanakan pemerintahan berasaskan perlembagaan negara. Pilihan raya yang dilaksanakan, cara persaingan dan saiz ruang politik yang dibenarkan dan ruang perniagaan yang diberikan semuanya menurut batasan perlembagaan. Dengan garis panduan ini, keamanan negara, kestabilan politik, persaingan ekonomi dan keharmonian hubungan sosial akan berjalan menurut peraturan yang tertib. Dalam negara ini, kedudukan undang-undang dipelihara dan dipatuhi oleh semua pihak sama ada orang kebanyakan, golongan pendatang, pembangkang dan pemerintah. Dengan ini, perlembagaan negara diterima oleh semua dan pemerintahan negara dilaksanakan menurut batasan perlembagaan. Contohnya, kedaulatan undang-undang yang dipegang oleh pemerintah Malaysia telah memelihara kestabilan politik dan hubungan kaum di negara ini. |