Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
managing diversitypengurusan pelbagaiPentadbiranTiadaPengurusan tenaga kerja yang mengambil kira ciri-ciri individu yang berbeza daris egi budaya, bangsa, jantian dan umur.
administrative effectivenesskeberkesanan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Tahap pencapaian pengurusan yang baik dan cemerlang. Pengurusan ini sangat berkesan kerana mempunyai pembahagian kerja yang tersusun, penggunaan sumber yang optimum, struktur organisasi yang kemas, kepimpinan yang cekap, polisi dan prosedur yang jelas serta memiliki budaya organisasi yang mantap. Keberkesanan ini juga turut dibantu oleh teknologi yang canggih seperti sistem komputer yang baik, prasarana yang lengkap dan tenaga kerja yang terlatih. Pengurusan yang berkesan ini akan membawa hasil yang bermanfaat bukan sahaja kepada kepentingan awam tetapi menyumbang ke arah pembangunan negara. Contoh, amalan e-kerajaan telah menghasilkan satu tingkat keberkesanan pentadbiran dalam perkhidmatan awam setelah terbukti ia melicinkan pelbagai urusan kerajaan.

cultural issuesisu budayaPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara atau persoalan utama yang wujud berkaitan dengan cara hidup, nilai sosial, adat resam, tradisi, kepercayaan, tingkah laku dan persekitaran dalam masyarakat. Persoalan ini boleh wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk yang mempengaruhi persekitaran kerja dan pengurusan organisasi. Isu budaya turut mempengaruhi kualiti kehidupan individu dan juga anggota masyarakat. Dalam konteks perkhidmatan awam, isu budaya sering dilih
top-down controlkawalan atas-bawahPentadbiranPentadbiran Awam

Pemantauan atau penyeliaan majikan terhadap kakitangan dalam sesebuah organisasi. Kawalan ini merangkumi pelbagai aspek yang bersangkutan dengan budaya kerja dan persekitaran organisasi. Contoh kawalan ini ialah peraturan pejabat, misi dan visi organisasi, kod etika pakaian, tatakelakuan, pembekalan sumber organisasi seperti infrastruktur, kewangan dan sebagainya. Selain itu, ia juga mencakupi daya produktiviti organisasi, sistem pentadbiran dan pengurusan sumber manusia.

civil service reformpembaharuan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha memperkenalkan pelbagai bentuk perubahan dalam perkhidmatan awam yang dilakukan melalui penerapan nilai kerja yang baru dan teknologi moden. Reformasi perkhidmatan awam ini juga melibatkan pengenalan kepada sifat kerja yang lebih produktif, teknologi pentadbiran yang sofistikated, keutamaan kepada kualiti, pengurusan yang saintifik, perancangan strategik dan budaya kerja yang berteraskan teknologi maklumat. Perubahan peranan perkhidmatan awam juga bertujuan untuk memperbaiki sistem pentadbiran, meningkatkan kecekapan serta kepimpinan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara yang selari dengan tuntutan semasa. Melalui pembaharuan ini, peranan perkhidmatan awam sudah berkembang bukan sekadar untuk menjaga keamanan dan ketenteraman melalui penguatkuasaan peraturan dan undang-undang, tetapi juga menjadi agen pembangunan, perancang dan pelaksana pembangunan serta peneraju atau pelopor dalam usaha mencapai matlamat dan wawasan negara. Oleh itu, peranan perkhidmatan awam perlu sentiasa d

administrative depressionkekecewaan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Kemurungan atau kehampaan birokrasi yang berlaku kerana kegagalan individu atau organisasi dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab pentadbiran. Antara elemen kekecewaan pentadbiran ialah kegagalan naik pangkat, kurang kemahiran, mangsa pilih kasih, hubungan renggang di tempat kerja, konflik dalaman, masalah disiplin pekerja, output yang rendah, prestasi yang lemah, kedudukan kewangan yang rapuh dan budaya organisasi yang tidak sihat. Senario ini akan menjejaskan semangat untuk bekerja, menambah tekanan dan menimbulkan pelbagai bentuk konflik dalam pengurusan organisasi. Kekecewaan pentadbiran juga boleh berlaku sekiranya anggota organisasi menyimpang daripada tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya tanpa berpandukan misi dan objektif yang hendak dicapai.


Kembali ke atas