refuse collection | pengutipan sampah | Geografi | Tiada | Tiada |
refuse collection | pengutipan sampah | Perubatan | Tiada | Tiada |
harvesting | penuaian | Geografi | Tiada | Pemetikan atau pengutipan buah-buahan atau hasil yang telah masak. |
longitudinal survey | tinjauan jangka panjang | Pendidikan | Tiada | Kajian tinjauan yang melibatkan pengutipan data pada waktu yang berbeza untuk mengkaji perubahan dalam tempoh masa yang panjang. |
monthly debit ordinary | debit bulanan biasa | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi insurans hayat biasa, pengutipan premium bulanannya dibuat secara rumah ke rumah sama seperti Insurans Hayat Industri. |
internal revenue service | perkhidmatan hasil dalam negeri | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan yang bertanggungjawab dalam urusan percukaian dalam sesebuah negara. Ia mempunyai autoriti dalam penetapan kadar cukai, cara pengutipan yang dilaksanakan, kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan bagi kes cubaan mengelak cukai serta memastikan cukai yang dikenakan diterima. Antara bentuk cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan individu, syarikat perniagaan, pertubuhan dan sebagainya. Cukai ini kemudiannya menjadi hasil pendapatan negara. Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan ini ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri yang terletak di bawah Kementerian Kewangan. |
breeder seed | biji benih pembiak baka | Pertanian | Agronomi | Biji benih terpilih hasil daripada program pembaikbakaan yang pengeluarannya diselia oleh institusi pembaik baka berkenaan. Seorang pembaikbaka yang berkelayakan akan membekalkan biji benih asal dan memantau penanaman biji benih itu dan pengutipan hasil biji benih untuk menjamin ketulenan baka biji benih berkenaan. |
political decentralization | desentralisasi politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah pentadbiran yang menurunkan kuasa daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dan tempatan. Usaha ini akan menjana kewibawaan pentadbiran di peringkat lokal apabila mereka memiliki autoriti sendiri untuk melaksanakan bidang kuasa. Pemencaran kuasa ini boleh menghasilkan kerja yang lebih cekap apabila kerajaan pusat tidak lagi dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Kerajaan tempatan seperti majlis daerah atau majlis perbandaran akan memainkan peranan penting bagi menguruskan hal ehwal mereka seperti urusan pengutipan cukai, kemudahan awam, infrastruktur, kebersihan, kesihatan dan perumahan. |
local authority | pihak berkuasa tempatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang berada di peringkat tempatan seperti kota, bandaran, daerah dan mukim yang memiliki bidang kuasa mengurus dan memelihara kepentingan tempatan seperti kebersihan bandar, pengurusan sampah, cukai pintu, perumahan dan kedai, tempat letak kereta, taman dan rekreasi, khidmat komuniti, urusan alam sekitar dan trafik. Bidang kuasa ini terlebih dahulu telah ditetapkan oleh dewan perundangan dan termaktub dalam perlembagaan. Bagi sebuah negara persekutuan, urusan kerajaan tempatan ini terletak di peringkat negeri. Contohnya, pengutipan cukai pintu berbeza kadarnya antara satu bandar dengan bandar lain bergantung kepada autoriti tempatan kawasan tersebut. Sinonim autoriti tempatan. |
territorial principality | wilayah raja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan yang dikuasai oleh raja atau kerabat diraja. Wilayah seperti ini terdapat dalam masyarakat yang masih memiliki unsur feudal yang kuat dan meletakkan kedudukan raja berkuasa ke atas tanah yang ada dalam negara tersebut. Wilayah raja ini boleh berada berdekatan dengan istana atau terpencil jauh dari pusat pentadbiran serta terbiar. Orang ramai tidak dibenarkan memiliki tanah tersebut tetapi dibenarkan mengusahakannya dengan membayar cukai kepada raja atau menyewa tanah tersebut. Wilayah ini sering menimbulkan konflik di kalangan kerabat diraja akibat perebutan wilayah yang melibatkan tuntutan pusaka dan pengutipan cukai. Contohnya, wilayah raja masih terdapat di negara Indonesia, India dan Nigeria. |