Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nim.ba.ngan] | ڤنيمبڠن

Definisi : 1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~nya; 2. tempat menimbang barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penimbangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constant weightberat tetapHerbaTiadaNilai berat yang diperoleh apabila dua penimbangan berturutan tidak memberikan perbezaan melebihi 0.5 mg bagi setiap 1 g bahan. Selagi berat tetap tidak tercapai, bahan akan dipanaskan atau dipijar pada satu tempoh masa tambahan (biasanya satu jam) mengikut kesesuaian sifat bahan mentah herba, sebelum penimbangan seterusnya dilakukan.
weighingpenimbanganKimiaTiadaTiada
double weighingpenimbangan ganda duaKimiaTiadaTiada
weighing by substitutionpenimbangan cara pertukargantianKimiaTiadaTiada
weighing by differencepenimbangan cara perbezaanKimiaTiadaTiada
dietary assessmentpenilaian dietMakanan dan PemakananPemakananKaedah menganggarkan pengambilan makanan dengan merekodkan pengambilan harian individu. Penilaian diet boleh dijalankan melalui kaedah ingatan diet 24 jam dan penimbangan makanan.
rice moisture contentkandungan kelembapan padiPertanianAgronomi

 Kandungan air dalam biji padi. Kandungan ini dipengaruhi oleh kematangan biji dan kelembapan di sekelilingnya. Kaedah penentuan kandungan kelembapan padi adalah melalui penimbangan biji padi sebelum dan selepas dikeringkan dalam ketuhar. Terdapat alat penentuan kelembapan yang lebih cepat tanpa memerlukan pengeringan. Padi yang telah dituai hendaklah dikeringkan dan mengandungi kandungan lembapan tidak melebihi 14 peratus untuk mengelakkan kerosakan setelah dituai.

herbal cross-contaminationkontaminasi silang herbaHerbaTiadaPencemaran bahan mula, produk antara atau produk akhir dengan bahan mula atau produk lain semasa proses pengilangan herba. Kontaminasi ini boleh berlaku akibat kecuaian pengendalian semasa penyampelan, penimbangan, pencampuran dan pemprosesan.
production areakawasan pembuatanHerbaTiadaSuatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Bangunan, kemudahan dan peralatan di dalam kawasan pembuatan ini perlu dibina, diurus dan diselenggara menurut keperluan Amalan Pengilangan Baik. Kawasan memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang boleh menjanakan habuk, wap atau wasap seperti di tempat pengisaran, pemanasan atau perebusan perlu mempunyai ekzos udara. Aktiviti pensampelan, penimbangan, pengadunan dan pemprosesan perlu dijalankan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kontaminasi silang.

Kembali ke atas