bail-bond | bon jaminan | Undang-undang | Tiada | 1. Bon atau obligasi yang dibuat oleh penjamin atau penjamin-penjamin.,2. Bon yang diberikan oleh pesalah dan penjaminnya untuk memastikan kehadirannya di mahkamah pada hari yang ditetapkan. |
kafalah | jaminan | Perniagaan Islam | Tiada | Gabungan tanggungjawab penjamin bersama pihak yang dijamin dengan pihak penerima jaminan. Penjamin bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang ditanggung oleh pihak yang dijamin. Contohnya, pelanggan berhutang dengan bank dan mempunyai seorang penjamin. Penjamin memaklumkan kepada bank, sekiranya pihak yang dijamin tidak menjelaskan hutang yang telah dibuat, penjamin tersebut akan melangsaikannya. Ungkapan ini membentuk akad jaminan. Mengikut mazhab Hanafi, kafalah termeterai dengan adanya ijab daripada penjamin dan qabul daripada pihak yang dijamin. Mazhab Maliki, Syafii serta Hambali berpendapat bahawa akad kafalah termeterai hanya dengan ijab sahaja walaupun tanpa keredaan pihak penerima jaminan. Sinonim daman. |
kafil/kfil | penjamin | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang menjamin tanggungan pihak lain berkaitan dengan sesuatu perkara. Contohnya, dalam kes hutang, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin" atau "Saya penjamin hutang ini". |
kafalah mu’aqqatah | jaminan sementara/jaminan bertempoh/jaminan terbatas | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang mempunyai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin selama sebulan bermula hari ini". Maka penjamin bertanggungjawab terhadap pihak yang dijamin dalam tempoh sebulan sahaja. Selepas tempoh tersebut, penjamin bebas daripada jaminan. Sinonim kafalah muqayyadah. |
kafalah bil taslim | jaminan serahan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan oleh penjamin terhadap serahan barangan oleh pembekal. Contohnya, penjamin memberi jaminan bahawa penjual akan menyerahkan produk kepada pembeli. Sinonim kafalah bil ‘ain. |
kafalah bil darak | jaminan perolehan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi sebarang urusan perniagaan yang dilakukan oleh pihak yang dijamin kepada pihak penjamin. Kafalah ini boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama, jaminan terhadap harga jualan dan kedua, jaminan terhadap penyerahan produk. Contohnya, penyediaan surat kredit bagi menjamin bayaran dalam urusan import dan eksport, dan pelantikan ejen penghantar untuk mengesahkan produk yang diurusniagakan. Sinonim daman bil dark. |
kafalah bil dayn | jaminan hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi melangsaikan hutang. Apabila tuntutan hutang dilakukan, maka jaminan hutang boleh dituntut daripada penghutang, penjamin atau kedua-duanya. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat bahawa akad ini termeterai tanpa perlu ungkapan qabul di pihak penerima jaminan. |
asil | pihak dijamin | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang dijamin oleh penjamin bagi menanggung tanggungan yang pada asalnya menjadi tanggungan pihak yang dijamin. Contohnya, dalam kes hutang bank, sekiranya pihak yang dijamin tidak membayar hutangnya, maka penjamin bertanggungjawab melangsaikan hutang tersebut. |
kafalah munajjazah | jaminan segera | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang berkuat kuasa dengan segera. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin sekarang juga hutang A yang telah anda berikan kepadanya". Hutang tersebut boleh dituntut daripada penjamin pada masa itu juga kerana tidak dinyatakan tempoh dan syarat. |
kafalah mudfah | jaminan tertakluk masa hadapan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang diberikan tetapi tertakluk pada masa akan datang dan tuntutan tidak boleh dibuat selagi belum sampai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Bulan Ramadan nanti, saya penjamin hutang yang anda telah berikan kepada A" atau "Saya menjamin hutang yang anda akan berikan kepada A". Penjamin tidak boleh dituntut sehingga tiba masa yang disebutkan, walaupun akad hutang yang dilakukan oleh pihak yang dijamin berkuat kuasa serta-merta. Sinonim kafalah tawqitah. |