physisorption type VI | penjerapan fizikal jenis VI | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan fizikal yang berlaku dalam bahan berlapis tertentu. Setiap langkah penjerapan menandakan penjerapan suatu lapisan baru, dengan haba penjerapan berbeza antara lapisan, tetapi bersifat malar ketika penjerapan berlaku di dalam satu-satu lapisan. Penjerapan jenis ini diperhatikan dalam penjerapan ke atas permukaan sekata grafit. |
physisorption type I | penjerapan fizikal jenis I | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan fizikal jenis Langmuir apabila atom atau molekul yang terjerap mencapai suatu nilai asimptot sebagai penjerapan ekalapisan. Penjerapan ini dijelaskan pada bahan tak telap tetapi agak lumrah dengan karbon, silika gel, dan zeolit teraktif yang mengandungi rongga atau liang yang amat kecil. |
corrosive chemisorption | penjerapan kimia mengakis | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan atom oksigen pada mangkin logam dalam berbilang lapisan sehingga ke lapisan atom di dalam mangkin. Contoh penjerapan mengakis ialah penjerapan oksigen ke dalam mangkin besi yang disebut sebagai pengaratan besi. |
physisorption type IV | penjerapan fizikal jenis IV | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan fizikal yang berlaku di dalam bahan berongga dan kelakuannya menyerupai penjerapan fizikal jenis II pada tekanan relatif yang rendah tetapi penjerapan meningkat dengan ketaranya pada nilai tekanan relatif yang tinggi disebabkan oleh pemeluwapan rerambut. Penjerapan ini menunjukkan sifat histerisis apabila tekanan relatif diturunkan. Penjerapan jenis ini kerap didapati dalam sistem mangkin industri. Sifat pemeluwapan rerambut daripada isoterma ini digunakan untuk menentukan agihan saiz rongga. |
physisorption type II | penjerapan fizikal jenis II | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan fizikal jenis sigmoid atau isotermanya berbentuk S. Penjerapan jenis ini kerap diperhatikan dalam bahan tak berongga. Lelutut pada bentuk S menandakan penjerapan ekalapisan. |
adsorption | penjerapan | Kimia | Tiada | Pelekatan sesuatu bahan (seperti gas atau cecair) pada permukaan bahan lain, lazimnya pepejal. Penjerapan boleh berlaku secara kimia atau fizik. Dalam penjerapan kimia, atom atau molekul terlekat pada permukaan bahan melalui pembentukan ikatan kovalen, manakala dalam penjerapan fizik, lapisan atom atau molekul terlekat melalui daya Van der Waals. Proses penjerapan kerap digunakan untuk menyingkirkan warna, bau dan wap air. |
chemisorption | penjerapan kimia | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan molekul atau atom pada permukaan mangkin yang melibatkan ikatan kimia serta pemindahan elektron. Penjerapan kimia ialah permulaan bagi tindak balas kimia bermangkin dan juga berguna untuk kefahaman mekanisme tindak balas kimia. Penjerapan kimia ini juga digunakan untuk menentukan keluasan permukaan sesuatu mangkin. |
physisorption | penjerapan fizikal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan molekul atau atom pada permukaan mangkin oleh daya tarikan Van der Waals seperti tarikan dwikutub dan dwikutub aruhan. Penjerapan fizikal digunakan dalam kajian mangkin untuk menentukan jumlah permukaan mangkin, purata saiz liang dan agihannya, serta sebagai permulaan bagi proses penjerapan kimia. |
physisorption type III | penjerapan fizikal jenis III | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan fizikal yang berciri isoterma berbentuk melengkung bagi kesemua julat tekanan relatif dan tidak mempunyai lelutut atau asimptot. Penjerapan jenis ini berlaku apabila bahan menjerap tidak membasahi permukaan mangkin, seperti penjerapan wap air ke atas permukaan grafit. |
rate of chemisorption | kadar penjerapan kimia | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kadar tentang penjerapan kimia bahan tindak balas dan penjerapan keluar produk daripada permukaan mangkin yang digunakan untuk mencirikan ketaksekataan permukaan mangkin, sifat peracunan diri, serta mekanisme kadar tindak balas kimia pengawal. |