prophylaxis | profilaksis | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan melindungi atau mencegah daripada penyakit 2. Pencegahan atau rawatan perlindungan daripada penyakit untuk mengelakkan sesuatu penyakit daripada merebak. Profilaksis terbahagi kepada dua jenis bergantung pada keadaan, iaitu profilaksis primer dan profilaksis sekunder. Profilaksis primer ialah tindakan pencegahan daripada kemunculan sebarang penyakit. Profilaksis sekunder ialah keadaan apabila suatu penyakit telah pun dihadapi oleh pesakit dan pencegahan dilak:ukan bagi merawat penyakit bexkenaan supaya tidak menjadi lebih memudaratkan. |
contagious | berjangkit | Perikanan | Akuakultur | Keadaan penyakit yang merebak dari seekor ikan kepada ikan yang lain. Contoh penyakit berjangkit ialah virus bintik putih pada udang dan protozoa bintik putih pada ikan. |
epizootic disease | penyakit epizootik | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan yang menyerang sebilangan besar kumpulan ikan dalam satu masa yang sama. Penyakit ini merebak dengan cepat dan memberi kesan kepada populasi ikan di dalam suatu kawasan tertentu. |
infectious disease | penyakit berjangkit | Gerontologi | Tiada | Penyakit yang boleh merebak kepada orang lain melalui udara, air, makanan atau sentuhan cecair badan yang mengandungi patogen. Penyakit berjangkit biasanya disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria, kulat atau virus yang membiak dalam tisu tubuh. |
isolation nursing | perawatan pengasingan | Perubatan | Tiada | Teknik kejururawatan yang diamalkan untuk mengelakkan penyakit berjangkit merebak kepada orang lain. |
isolation nursing | perawatan pengasingan | Kejururawatan | Tiada | Teknik kejururawatan yang diamalkan untuk mengelakkan penyakit berjangkit merebak kepada orang lain. |
biopsy | biopsi | Perubatan | Tiada | Penelitian, terutama dengan mikroskop, tisu daripada jasad hidup untuk menentukan punca penyakit dan sejauh mana penyakit itu telah merebak. |
biopsy | biopsi | Sosiologi | Tiada | Penelitian, terutama dengan mikroskop, tisu daripada jasad hidup untuk menentukan punca penyakit dan sejauh mana penyakit itu telah merebak. |
biopsy | biopsi | Perubatan | Tiada | Penelitian, terutama dengan mikroskop, tisu daripada jasad hidup untuk menentukan punca penyakit dan sejauh mana penyakit itu telah merebak. |
sanitation | sanitasi | Biologi | Patologi | Kaedah mengawal penyakit dengan cara meningkatkan kebersihan kawasan tanaman, misalnya mencabut dan membakar tanaman terjangkit supaya penyebab penyakit tidak merebak dan inokulumnya berkurangan. |