Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.lé.wé.ngan] | ڤڽليويڠن

Definisi : perbuatan menyeleweng­(kan), penyimpangan: ~ drpd dasar, memi­sahkan kita drpd hakikat pengajaran agama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.lé.wé.ngan] | ڤڽليويڠن

Definisi : per­buatan (hal dsb) menyeleweng atau menyelewengkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seleweng
Kata Terbitan : menyeleweng, menyelewengkan, penyelewengan, penyeleweng,

Peribahasa

494

Speak the truth and shame the devil

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Berani kerana benar, takut kerana salah

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Speak the truth and shame the devil, but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corporate crimejenayah korporatKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, penyelewengan wang, penyelewengan kuasa, pengelakan cukai dan rasuah.
election fraudpenipuan pilihan rayaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya.
embezzlementpenyelewenganKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk penipuan kewangan yang melibatkan perbuatan menyalahgunakan aset yang telah diamanahkan kepada seseorang atau lebih daripada seorang. Contohnya, perbuatan menggelapkan wang syarikat. Sinonim penggelapan.
bureaucratic corruptionpenyelewengan birokrasiPentadbiranTiadaLihat rasuah birokrasi.
action slippenyelewengan aksiSains SukanBiomekanikPerlakuan motor yang tidak sesuai dengan objektif pergerakannya. Contohnya, seorang pemain sepatutnya menanduk bola dengan kepala untuk merejam, tetapi sebaliknya menggunakan kaki.
abusesalah gunaSejarahTiadaPenyelewengan dalam penggunaan kuasa atau pengaruh oleh individu atau kumpulan untuk kepentingan tertentu.
التصحيفtaṣḥīfAgama IslamHadithPenyelewengan penulisan perkataan Ḥadīth atau sanad dengan mengubah titik huruf yang boleh mengubah pengertiannya.
embezzlementpenggelapanKriminologiKeadilan JenayahLihat penyelewengan.
perversionsambalewengSejarahTiadaPengalihan sikap atau penyelewengan prinsip daripada sesuatu yang dipegang atau dipercayai kepada yang lain.
personal equationteliti peribadiSejarahTiada1. Telitian peribadi: Penyelewengan yang malar atau sistematik daripada hasil pemerhatian yang dianggap tepat bergantung kepada sifat-sifat pemerhati tersebut khasnya dalam penulisan sejarah.
123

Kembali ke atas