absorption | penyerapan | Farmasi | Farmakologi | Proses biologi yang melibatkan pengangkutan drug dan bahan-bahan lain dari tapak pemberian merentasi membran tubuh seperti usus, sel atau kulit. Terdapat beberapa jenis penyerapan, iaitu penyerapan aktit: penyerapan pasif dan penyerapan berbantu yang dipengaruhi oleh faktor seperti saiz molelrul, keterlarutan lemak dan pengaliran darah pada organ berkenaan. Penyerapan drug merupakan salah satu aspek penting untuk memastikan keberkesanan terapi. |
scattering | penyerakan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Proses serakan sebahagian daripada sinaran tuju kesemua arah oleh zarah kecil yang terampai dalam atmosfera. Dalam penyerakan, hanya perubahan dalam taburan ruang sinaran berlaku tanpa menghasilkan tranformasi tenaga. Selain penyerapan, penyerapan juga merupakan sebab utama pelemahan sinaran oleh atmosfera. Penyerakan berubah mengikut nisbah diameter zarah terhadap panjang gelombang sinaran. Sekiranya nisbah ini kurang daripada 0.1, serakan Rayleigh digunakan; jika lebih besar daripada 0.1, teori Mie digunakan; manakala nisbah dalam order 10, hukum optik geometri digunakan. |
ileum | ileum | Veterinar | Tiada | Bahagian usus kecil pada mamalia yang terletak di antara jejunum dan usus besar. Bahagian ini merupakan tempat pencernaan dan penyerapan. Kebanyakan penyerapan bahan akhir pencernaan seperti asid amino, asid lemak dan glukosa berlaku di sini. Lapisan dalaman organ ini mempunyai jejari kecil dikenali sebagai vilus yang meningkatkan luas permukaan untuk proses penyerapan. |
selective absorption | penyerapan berpilih | Geologi | Tiada | Penyerapan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang tertentu yang jauh lebih banyak daripada penyerapan sinaran elektromagnet lainnya. |
selective absorption | penyerapan berpilih | Kejuruteraan | Tiada | Penyerapan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang tertentu yang jauh lebih banyak daripada penyerapan sinaran elektromagnet lainnya. |
absorption spectrum | spektrum penyerapan | Kimia | Tiada | Spektrum yang terhasil akibat penyerapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu jirim. Lihat juga spektroskopi penyerapan. |
initial absorption | penyerapan pemula pengawet | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penyerapan pengawet oleh kayu pada peringkat penghangatan dan pengenaan vakum, dan termasuk juga penyerapan yang berlaku semasa pengisian pengawet ke dalam silinder sebelum tekanan dikenakan. |
gross absorption of preservative | penyerapan kasar pengawet | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penyerapan sejumlah pengawet ke dalam kayu semasa tekanan dikenakan. Jumlah ini termasuk juga penyerapan pemula pengawet ke dalam kayu. |
Babinet absorption rule | petua penyerapan Babinet | Fizik | Optik | Petua yang menyatakan bahawa kekisi ekapaksi positif mempunyai penyerapan terbesar ke atas komponen cahaya luar biasa, sementara kekisi negatif mempunyai penyerapan terbesar ke atas komponen cahaya biasa. |
absorption | penyerapan | Veterinar | Praklinikal | Proses pengambilan bahan terlarut atau air oleh sel melalui membran secara pasif atau aktif. Penyerapan pasif bergantung pada daya resapan dan osmosis tanpa memerlukan tenaga. Penyerapan aktif pula memerlukan penggunaan tenaga daripada adenosina trifosfat atau berlaku melalui kuasa ion elektrokimia dan keafinan yang tidak memerlukan tenaga secara langsung. |