Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyer.ta.an] | ڤڽرتاءن

Definisi : perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyer.ta.an] | ڤڽرتاءن

Definisi : perbuatan atau hal menyertai: UDA berusaha mempercepat ~ kaum bumiputera dlm bidang perdagangan dan perindustri­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
audience participationpenyertaan khalayakKomunikasiKorporatPenglibatan khalayak dalam sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Penyertaan ini boleh berlaku secara terancang atau tidak dirancang. Penyertaan yang terancang berlaku apabila sesuatu acara yang dilangsungkan menyediakan ruang tertentu untuk khalayak mengambil bahagian. Sementara penyertaan yang tidak dirancang bermaksud sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga menyebabkan khalayak melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan. Dalam kedua-dua bentuk penyertaan, situasi ini menunjukkan keberkesanan sesuatu projek atau acara dalam kalangan khalayak sasaran. Bentuk penyertaan bergantung pada jenis acara yang dianjurkan, seperti penyertaan dalam pertandingan, mengambil bahagian secara terancang atau spontan dalam atur cara yang disusun, atau penglibatan melalui elektronik seperti e-mel atau telefon. Dalam komunikasi korporat, proses ini dilihat sebagai satu proses pemujukan untuk mendekatkan khalayak dengan organisasi. Sekiranya mendapat
participatory democracydemokrasi penyertaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang menggambarkan penyertaan awam yang tinggi dalam politik. Parti politik, goIongan pendesak, media, pelajar dan individu amnya bergiat aktif, sensitif dan peka terhadap pemerintahan negara. Mereka bersaing dalam mempengaruhi dasar dengan melakukan tindakan seperti melobi, mendesak, menggunakan media, menulis surat kepada wakil rakyat atau pejabat kerajaan, menganjurkan piket atau demonstrasi secara aman dan pelbagai tindakan lain dalam memperjuangkan hak dan memelihara kepentingan mereka. Pemerintah dalam negara ini memberi ruang yang luas kepada orang ramai untuk bergiat dalam semua aktiviti. Dalam sistem ini, undang-undang dan agensi pemerintah tidak meletakkan sekatan yang tinggi kepada orang ramai. Contoh negara yang mengamalkan demokrasi penyertaan ialah United Kingdom.
social participationpenyertaan sosialPendidikanTiadaPenyertaan anggota masyarakat dalam kegiatan yang bercorak sosial.
public participationpenyertaan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Penglibatan rakyat dalam projek atau program pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mencapai matlamat tertentu. Penyertaan awam ini berlandaskan prinsip kerjasama antara rakyat dengan pihak pemerintah dalam usaha mempertingkatkan pembangunan negara. Dalam konteks ini, kerajaan memberikan ruang dan kebebasan kepada masyarakat untuk memiliki ekuiti dan mengambil bahagian dalam sesetengah perkara untuk mendapatkan keuntungan.

percentage participationpenyertaan peratusanPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam kontrak insurans kesihatan yang mencatatkan bahawa insurer akan berkongsi kerugian dengan pihak yang diinsuranskan mengikut kadar yang telah dipersetujui. Istilah ini selalunya disalah anggap sebagai koinsurans. Contoh: penyertaan 80 - 20 bermaksud pihak yang diinsuranskan menanggung baki 20% daripada kerugian yang dilindungi oleh kontrak.
civil societymasyarakat sivilSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang memiliki ruang penyertaan antara pemerintah dengan orang ramai. Ruang tersebut bertindak sebagai medan aksi atau interaksi antara kedua-duanya. Penyertaan masyarakat mempunyai pelbagai sifat sama ada secara individu dengan pemerintah seperti aktivis sosial dan organisasi dengan pemerintah atau organisasi bukan kerajaan (NGO). Interaksi ini melahirkan ciri-ciri aksi yang bersifat pengaruh mempengaruhi, tawar-menawar, desakan dan gesaan, manipulasi, timbal-balik dan imbang-mengimbangi khususnya dari sudut ideologi politik, penyuaraan kepentingan, pelaksanaan dasar dan juga persaingan politik. Masyarakat yang mempunyai aksi atau interaksi dengan pemerintah yang seimbang dalam ruang ini dikatakan sebagai masyarakat yang demokratik. Sementara negara yang ruang aksinya dikuasai oleh pemerintah diklasifikasikan sebagai tidak demokratik. Contohnya, ruang aksi antara rakyat dan pemerintah di Singapura adalah sempit dan dikawal oleh pemerintah.
participationpenyertaanPentadbiranTiadaTiada
participationpenyertaanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
public participationpenyertaan awamGeografiTiadaTiada
labour participationpenyertaan buruhGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas