storage cost | kos penyimpanan | Pentadbiran | Tiada | Kos yang wujud hasil daripada penyimpanan inventori. |
discrete storage media | media penyimpanan data diskret | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Media penyimpanan data yang boleh dipisahkan daripada mesin induk. |
Gen bank | Bank gen | Pertanian | Tiada | Tempat penyimpanan baka setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka yang disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai germplasma. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk iaitu ladang, arboretum dan tanam botani. Contohnya arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan tuber. Penyimpanan seperti ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangkamasa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM. |
gene bank | bank gen | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tempat penyimpanan baka bagi setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai plasma germa. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk, iaitu ladang, arboretum dan taman botani. Contohnya, arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan ubi. Penyimpanan ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangka masa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya, bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM. |
arching | pelengkungan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Masalah utama dalam penyimpanan serbuk menjeleket di dalam bin, corong tuang, dan silo apabila serbuk di bahagian bawah tangki penyimpanan membentuk satu lapisan termampat yang berbentuk kubah yang menghalang pengaliran keluar serbuk. |
cryopreservation | krioawetan | Herba | Botani dan Bioteknologi | Teknik penyimpanan bahan plasma germa dalam bentuk tisu, sel atau organ tumbuhan. Melalui teknik ini, pertumbuhan diberhentikan dengan merendahkan suhu penyimpanan sehingga menyamai nitrogen cecair pada -196�C atau wap nitrogen pada -150�C. |
extract bank | bank ekstrak | Herba | Pemiawaian | Satu sistem penyimpanan ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti ekstrak daripada kerosakan. Contohnya, bank ekstrak di makmal fitokimia menyediakan peti penyimpanan sejuk yang telah dilabelkan mengikut abjad. |
relative humidity | kelembapan relatif | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Darjah ketepuan kandungan air dalam udara yang boleh mempengaruhi tempoh penyimpanan sesuatu makanan. Kelembapan relatif udara yang tinggi dalam bilik penyimpanan makanan meningkatkan kadar kerosakan makanan. |
accelerated stability testing | ujian kestabilan dipercepat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Ujian yang dilakukan untuk meningkatkan kadar degradasi kimia atau perubahan fizikal bahan atau produk herba dalam keadaan penyimpanan seperti suhu dan kelembapan relatif yang melampau. Ujian kestabilan dipercepat digunakan untuk menilai kesan jangka panjang sebatian kimia dalam keadaan penyimpanan yang disyorkan. Ujian ini juga bertujuan untuk menilai kestabilan bahan dan produk semasa perjalanan dalam keadaan penyimpanan melebihi spesifikasi yang disyorkan pada label, seperti semasa penghantaran produk. Namun, hasil kajian ujian dipercepat tidak semestinya meramalkan perubahan fizikal bahan atau produk herba. |
humidity control | kawalan kelembapan | Pertanian | Agroteknologi | Kawalan terhadap ketepuan kelembapan air di udara atau di dalam ruang. Kawalan kelembapan dalam pertanian sangat perlu terutamanya dalam penyimpanan biji benih, makanan atau sayur-sayuran yang mudah rosak. Tempat penyimpanan bahan-bahan ini memerlukan suhu yang sesuai bagi memastikan ketahanan dan kesegaran bahan-bahan tersebut. Selain itu, gel silika selalu digunakan untuk mengawal kelembapan makanan atau snek dalam bungkusan pek yang kecil. |