radiation | penyinaran | Sains | Hidrometeorologi | 1. Perambatan tenaga oleh gelombang elektromagnet melalui ruang bebas kerana perubahan beralun yang padu dalam medan elektrik dan magnet dalam ruang. 2. Perambatan tenaga melalui sebarang bahan disebabkan oleh gerakan gelombang bahan tersebut, seperti dalam perambatan gelombang bunyi melalui atmosfera, atau gelombang laut sepanjang permukaan air. |
cross propagation | perambatan silang | Kejuruteraan | Polimer | Perambatan atau penumbuhan rantai polimer yang aktif dengan penambahan monomer yang berlainan. Bdg. homoperambatan. |
superstandard propagation | perambatan adipiawai | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perambatan tenaga radio dalam keadaan pembiasan adipiawai di dalam atmosfera. |
standard propagation | perambatan piawai | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perambatan tenaga radio dibumi yang dianggap berbentuk sfera sekata yang mempunyai pemalar dielektrik dan kekonduk-sian yang seragam dalam keadaan pembiasan piawai di dalam atmosfera. |
flame front propagation | perambatan depan nyala | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat perambatan nyala. |
radio horizon | ufuk radio | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lokus pada titik-titik tempat sinaran terus pemancaran radio bertangen dengan permukaan bumi. Ufuk radio mengunjur ke bawah ufuk tampak dan ufuk geometri akibat pembiasan atmosfera normal. Ufuk radio berkurangan akibat perambatan piawai digantikan oleh perambatan subpiawai atau bertambah akibat perambatan adipiawai. |
homopropagation | homoperambatan | Kejuruteraan | Polimer | Perambatan atau penumbuhan rantai polimer yang aktif dengan penambahan monemer yang sejenis. Bdg. perambatan silang. |
wave motion | gerakan gelombang | Fizik | Akustik | Proses perambatan gangguan pada suatu titik ke titik lain yang lebih jauh daripada sumber tanpa perpindahan bahan medium itu. Perambatan gelombang. |
flame propagation | perambatan nyala | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pengembangan bahagian hadapan campuran udara-bahan api yang sedang terbakar. Semasa pembakaran, sebatian hidrokarbon dalam bahan api bertindak balas dengan oksigen dari udara pengambilan dan seterusnya membebaskan tenaga. Proses ini berlarutan sehingga pembakaran selesai dan menghasilkan lejang kuasa. Sinonim perambatan depan nyala. |
wave propagation | perambatan gelombang | Fizik | Tiada | Tiada |