strategic planning | perancangan strategik | Pengurusan | Perancangan | Proses sistematik yang dilakukan oleh pihak pengurusan atasan dalam menentukan matlamat jangka panjang sesebuah organisasi. Perancangan strategik dilakukan dengan mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang terbaik dan bersesuaian dengan organisasi, bagi mencapai matlamat yang ditetapkan secara bersama. Aktiviti perancangan strategik termasuklah analisis persekitaran dalaman dan luaran, isu yang dihadapi, pembentukan strategi yang bertepatan dengan situasi yang dihadapi dan penetapan matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh organisasi. |
corporate strategic planning | perancangan strategik korporat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses merencana dan menyusun atur hala tuju sesebuah organisasi yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Tindakan ini menetapkan haluan organisasi yang akan menjadi panduan kepada anggotanya untuk mencapai kejayaan yang digarapkan. Kebiasaannya perancangan strategik korporat melibatkan tempoh masa antara tiga hingga lima tahun yang merupakan jangkamasa sesuai untuk mencapai hala tuju berkenaan. Perancangan strategik korporat perlu mengupas persoalan berikut iaitu, (i) Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi korporat? (ii) Bagaimana hasrat ataupun harapan tersebut boleh dicapai?, (iii) Bilakah hasrat tersebut akan tercapai?, dan (iv) Untuk siapakah semua ini dilaksanakan?. Perancangan strategik korporat juga perlu melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju ini akan mewujudkan rasa kesepunyaan dalam kalangan anggota organisasi korporat. |
strategic planning | perancangan strategik | Pentadbiran | Pengurusan | - |
national spatial planning | perancangan ruang nasional | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses pengaturan perancangan strategik yang menye- luruh tentang pembangunan ruang nasional yang terdiri daripada laporan bertulis dan dibantu dengan gambar rajah terperinci. |
strategist | ahli strategi | Pengurusan | Perancangan | Pihak yang bertanggungjawab untuk merancang, membuat keputusan dan memastikan pelaksanaan perancangan strategik sesebuah organisasi. Ahli strategi lazimnya terdiri daripada pihak pengurusan atasan kerana mereka mempunyai maklumat menyeluruh tentang organisasi dan berkemahiran untuk membuat keputusan bagi menentukan hala tuju dan masa depan organisasi. Contoh ahli strategi yang terlibat ialah Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ketua Jabatan. |
strategy implementation | pelaksanaan strategi | Pengurusan | Perancangan | Aktiviti pengurusan oleh organisasi dalam merealisasikan sesuatu perancangan strategik. Langkah-langkah dalam menjayakan pelaksanaan strategi termasuk memastikan objektif yang jelas, menyediakan sumber yang mencukupi dan mengamalkan pendekatan pengurusan yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran organisasi. Lihat juga pengurusan strategik. |
strategic business unit | unit perniagaan strategik | Pengurusan | Perancangan | Satu unit yang tersendiri di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai kapasiti membuat perancangan strategik dan melaksanakan sebarang tindakan bagi menyumbang kepada pencapaian matlamat atau misi organisasi secara keseluruhannya. Ciri tersendiri unit tersebut boleh ditentukan berdasarkan klasifikasi produk dan persaingan yang dihadapi. Contohnya, klasifikasi model kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai sebuah unit perniagaan strategik perlu merancang strategi untuk menghadapi pesaing yang mengeluarkan model kenderaan yang sama. |
financial strategy | strategi kewangan | Pengurusan | Perancangan | Perancangan menyeluruh tentang penjanaan modal serta penggunaan dan pengurusan sumber kewangan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat operasi dan memaksimumkan nilai pulangan kepada pihak berkepentingan. Strategi ini merupakan teras kepada perancangan strategik sesebuah organisasi kerana fungsinya membiayai keseluruhan tindakan dan aktiviti operasi. Contoh strategi kewangan adalah dengan memeterai kerjasama rakan kongsi bagi mengelakkan kos pinjaman modal. |
corporate parenting | pengindukan korporat | Pengurusan | Perancangan | Tindakan pihak pengurusan atasan pada peringkat ibu pejabat untuk mengawasi keputusan dan tindakan daripada unit perniagaan strategik (SBU) dengan membimbing mereka melalui bantuan kepakaran dan peruntukan sumber. Tujuan pengindukan korporat adalah untuk menyelaraskan perjalanan organisasi dari segi perancangan strategik, nilai korporat, penstrukturan organisasi dan belanjawan modal syarikat. Contoh skop pengindukan korporat ialah polisi pembangunan sumber manusia dalam menjayakan perancangan strategik sesuatu jabatan atau anak syarikat. Lihat juga unit perniagaan strategik. |
strategy formulation | pembentukan strategi | Pengurusan | Perancangan | Peringkat pertama dalam model pengurusan strategik oleh pengurusan atasan yang bertujuan untuk mempersiapkan maklumat asas dalam perancangan strategik sebelum keputusan akhir dibuat. Proses ini melibatkan empat peringkat utama: (1) pembentukan wawasan strategik, penyataan misi dan nilai teras organisasi, (2) penilaian persekitaran dalaman dan persekitaran luaran organisasi (3) penetapan objektif, dan (4) penjanaan serta pemilihan strategi organisasi. Pembentukan strategi ini turut dikenali sebagai penggubalan strategi. |