clinical trial protocol | protokol percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara piawai untuk melaksanakan suatu percubaan klinikal. Protokol ini mengandungi maklumat umum dan latar belakang percubaan klinikal, objektif dan tujuan percubaan, penjelasan reka bentuk percubaan, kriteria pemilihan dan penyingkiran subjek, prosedur rawatan subjek, spesifikasi dan prosedur penilaian keberkesanan dan keselamatan, kaedah statistik, dan maklumat tambahan lain yang berkaitan. |
investigator’s brochure | brosur percubaan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Gabungan maklumat tentang data klinikal dan bukan klinikal yang berkaitan dengan produk percubaan. Brosur percubaan perlu mengandungi maklumat yang relevan dengan kajian produk terhadap subjek manusia. |
binomial distribution | taburan binomial | Matematik | Tiada | Taburan kebarangkalian yang memodelkan keadaan menjalankan n kali percubaan dengan setiap percubaan mempunyai kebarangkalian berjaya p. Kebarangkalian bagi k antara n percubaan itu berjaya ialah nCkpk (1-p)n-k. |
independent trial | percubaan tak bersandar/percubaan bebas | Fizik | Tiada | Tiada |
independent trial | percubaan tak bersandar/percubaan bebas | Matematik | Tiada | Tiada |
independent trial | percubaan tak bersandar/percubaan bebas | Perhutanan | Tiada | Tiada |
basin, experimental syn. watershed, experimental (au) | lembangan percubaan | Hidrologi | Tiada | Lembangan yang keadaan semula jadinya sengaja diubah dan kesannya terhadap kitaran hidrologi dikaji. Sin.: cekungan percubaan, kawasan tadahan percubaan. |
attempt | percubaan; cubaan | Sukan | Tiada | 1. Percubaan: Pergerakan raket oleh pemain seolah memukul bola dengan niat mendapatkan satu pukulan balas yang baik. Referi akan memberikan keputusan selepas rayuan bersabit dengan percubaan dibuat. |
border effect | kesan sempadan | Pertanian | Agronomi | Kesan daripada kedudukan tanaman di sempadan petak dalam percubaan tanaman di lapangan. Dalam percubaan ladang, setiap petak diberi rawatan tertentu dan dibandingkan dengan rawatan lain di petak lain, tetapi pada kawasan percubaan yang sama. Contohnya, dalam kajian kesan baja, satu petak menerima baja A dan petak yang lain menerima baja B. Kesan rawatan ini akan dinilai setelah tanaman dituai dan dibandingkan. Dalam penentuan hasil, tanaman yang berada di kawasan sempadan tidak boleh diambil kira kerana mungkin dipengaruhi oleh baja daripada petak yang berhampiran. Untuk mengelakkan pengaruh kesan sempadan, hanya tanaman yang berada di tengah petak diambil kira. |
test excavation | ekskavasi percubaan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi yang dilakukan pada satu petak untuk melihat potensi arkeologi pada tapak kajian sebelum ekskavasi menyeluruh dijalankan. Ekskavasi percubaan biasanya akan dijalankan sehingga lapisan budaya pertama ditemui atau pada kedalaman yang munasabah. Sinonim gali cari percubaan. |