Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ke.cua.lian] | ڤرکچوالين

Definisi : 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ke.cua.lian] | ڤرکچوالين

Definisi : perihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkecualian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutralizationperkecualian/peneutralanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
neutralizationperkecualianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan atau mengembalikan sifat tidak memihak kepada sesebuah negara, pertubuhan atau individu yang berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Proses ini berlaku sama ada secara paksaan, pembujukan atau sukarela. Contohnya, tindakan Dr. Chandra Muzaffar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan merupakan satu tindakan peneutralan sikap politik beliau. Sinonimpeneutralan.
saving for existing registerperkecualian bagi daftar yang adaUndang-undangTiadaTiada
saving for Ruler's sovereignty etc.perkecualian bagi kedaulatan RajaUndang-undangTiadaTiada
neutralizationpeneutralanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat perkecualian.
neutral statenegara berkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNegara yang bersetuju untuk tidak menyertai peperangan antara dua atau lebih negara lain. Negara berkecuali mempunyai kewajipan untuk menahan diri daripada memberi bantuan ketenteraan kepada pihak yang berperang, menghalang wilayahnya daripada digunakan bagi tujuan peperangan, atau menjadi tidak berpihak kepada manamana negara yang berperang. Perkecualian adalah satu kewajipan untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai mempertingkatkan kepentingan salah satu pihak yang berkonflik atau membahayakan kepentingan pihak yang lagi satu. Status berkecuali ini diiktiraf oleh pihak-pihak yang berperang. Sinonim kuasa berkecuali.

Kembali ke atas