basic service | perkhidmatan asas | Geografi | Tiada | Tiada |
basic services | perkhidmatan asas | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kemudahan yang perlu ada untuk mempertingkat taraf hidup masyarakat. |
transportation infrastructure | infastruktur pengangkutan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kemudahan dan perkhidmatan asas yang menyokong sistem pengangkutan, contohnya jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang. |
BRI (basic rate interface) | BRI (antara muka kadar asas) | Teknologi Maklumat | Tiada | Perkhidmatan asas telefon digital dan data untuk kawasan perumahan dalam rangkaian digital khidmat sepadu (ISDN). BRI menawarkan dua saluran, iaitu 56Kbps atau 64Kbps untuk suara, grafik dan data termasuk satu saluran 16,000Bps untuk tujuan pengisyaratan. Sinonim BRA (basic rate access) |
wireless application protocol (WAP) | protokol aplikasi wayarles (WAP) | Teknologi Maklumat | Perisian | Protokol piawaian antarabangsa terbuka bagi lapisan aplikasi komunikasi rangkaian yang digunakan dalam persekitaran komunikasi wayarles. Kegunaan utama protokol ini adalah untuk membolehkan capaian pada web bergerak daripada telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA). Walaupun pelayar WAP menyediakan kesemua perkhidmatan asas bagi pelayar web berasaskan komputer, tetapi disebabkan kekangan saiz skrin paparan telefon bimbit yang kecil, perkhidmatan tersebut disediakan dalam bentuk yang lebih mudah. Laman web dalam protokol WAP ditulis dalam bentuk bahasa tandaan wayarles (WML) dan dicapai melalui pelayar WAP. Contoh perkhidmatan WAP ialah e-mel, muat turun muzik dan melayar laman web. |
utility SAN array | utiliti tatasusunan rangkaian kawasan storan (SAN) | Teknologi Maklumat | Perisian | Tatasusunan storan yang direka bentuk untuk menjadi asas storan bagi seni bina pengkomputeran utiliti. Seni bina ini menyediakan platform yang membolehkan penyedia perkhidmatan menjadi syarikat Teknologi Maklumat yang menawarkan perkhidmatan utiliti. Contoh perkhidmatan utiliti ialah perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) dan perkakasan sebagai perkhidmatan (HaaS). Perkhidmatan ini termasuk juga model perniagaan jaringan sosial yang diberi melalui Internet dan pengkomputeran awan yang merupakan trend masa kini. Contoh tatasusunan storan utiliti ialah 3PAR InServ Storage Servers, NetApp FAS GX Series dan Pillar Data Systems Axiom. |
basic health services | perkhidmatan kesihatan asas | Perubatan | Tiada | Tiada |
service yield basis | asas hasil perkhidmatan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
health for all | kesihatan untuk semua | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang memastikan semua individu berpeluang menerima perkhidmatan kesihatan asas dengan tiga objektif utama, iaitu promosi gaya hidup sihat, pencegahan dan rawatan penyakit. |
primary advertising | pengiklanan asas | Komunikasi | Korporat | Pengiklanan yang digunakan oleh sesuatu kumpulan pengeluar atau pihak yang berkepentingan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang sama untuk mempromosikan jenis barangan atau perkhidmatan tersebut tanpa mengambil kira jenama. Pengiklanan ini biasanya dilakukan apabila berlaku kontroversi, penurunan permintaan yang ketara, atau rasa curiga terhadap mutu dan jaminan keselamatan barangan atau perkhidmatan berkenaan. Keadaan ini dilihat oleh pengeluar boleh mengancam pasaran kelompok barangan atau perkhidmatan tersebut dalam jangka masa panjang. Pendekatan pengiklanan boleh bersifat pengiklanan khidmat awam atau pengiklanan komersial. Saluran pengiklanan yang digunakan adalah pelbagai. Pelaksanaan pengiklanan biasanya dilakukan oleh pihak bertanggungjawab, seperti persatu pengeluar barangan atau perkhidmatan yang berkaitan, pihak berkuasa (kementerian, jabatan, unit penguatkuasaan) dan persatu pengguna. Contohnya, apabila pihak berkuasa kacang soya di sebuah negara Barat mendakwa minyak masak kelapa sawi |