Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.ga.an] | ڤرلاݢاءن

Definisi : perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.ga.an] | ڤرلاݢاءن

Definisi : perbuatan berlaga atau hasil memperlagakan; perkelahian; perlanggaran: Temasya ~ lembu masih disukai di setengah-setengah tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laga
Kata Terbitan : berlaga, melagakan, melaga-lagakan, memperlagakan, perlagaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collisionperlagaanFarmasiFarmaseutikSalah satu kaedah dalam proses pengecilan saiz partikel. Kaedah ini menggunakan bendalir berkelajuan tinggi yang melagakan partikel sehingga berkecai dan mencapai saiz yang dikehendaki. Lihat juga pengisar bendalir kelajuan tinggi.
bull fightperlagaan lembuVeterinarTiadaTiada
pancake iceais piringHidrologiTiadaKepingan ais yang baru terbentuk, biasanya berbentuk hampir bulat, dengan garis pusatnya antara 0.3m dan 3 m dan bingkainya mencuat akibat perlagaan di antara kepingan itu yang disebabkan oleh angin dan ribut. (WMO)
fluid energy millpengisar bendalir kelajuan tinggiFarmasiFarmaseutikPeralatan yang menggunakan tekanan untuk menghasilkan bendalir seperti udara, yang berkelajuan tinggi. Bendalir yang bertenaga tinggi menghasilkan zon golakan. Partikel yang berada dalam zon ini saling berlaga dengan amat kuat sehingga menghasilkan saiz partikel yang lebih kecil disebabkan oleh proses penghentaman dan penggeseran. Bahan yang dikecilkan biasanya bersifat rapuh. Contohnya, bahan berhablur seperti garam batuan dan gula batu. Lihat juga penghentaman, penggeseran, perlagaan.

Kembali ke atas