Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlesenan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
incentive regulationperaturan insentifPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan perlesenan, undang-undang, kawalan harga atau upah yang secara langsung akan mempengaruhi sikap atau dasar sama ada kepada pekerja, syarikat, pelabur ataupun pengeksport. Dengan sesuatu tindakan di atas secara langsung sikap atau tindakan individu atau syarikat itu akan berubah atau melakukan dasar yang berbeza sebagai reaksi kepada tindakan tersebut. Dengan cara ini insentif itu secara tidak langsung akan berkembang mengikut mekanisme tersendiri atau secara lebih teratur. Biasanya peraturan insentif ini dilakukan bagi meningkat pelaburan, keuntungan, transaksi, memperbaiki perkhidmatan ataupun meningkat kecekapan kerja.

forest concessionkonsesi hutanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerjanjian, sewaan, perlesenan atau kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada individu atau kumpulan untuk mengusahakan hasil hutan dan menjual kayu atau pokok-pokok kayu daripada kawasan tertentu dalam tempoh masa tertentu.
existing product registration holderpemegang pendaftaran produk sedia adaHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat atau perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan merupakan pengguna sistem pendaftaran produk dan perlesenan (QUEST) yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pemegang pendaftaran produk sedia ada diberi kuasa untuk memasarkan produk berdaftar di Malaysia.
channels of technology transfersalur pindah teknologiEkonomiTiadaCara-cara bagaimana teknologi dapat dipindahkan, seperti melalui program kerjasama teknikal antara negara, menggunakan pakar-pakar asing, pengimportan mesin dan dokumen maklumat, perjanjian perlesenan dan paten, dan pelaburan asing langsung.
safe working distancejarak bekerja selamatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak selamat daripada punca sinaran untuk operator radiografi industri bekerja. Jarak tersebut ditentukan oleh dos selamat yang terdapat pada Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas (2010) di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.
herbal product quality complaintaduan kualiti produk herbaHerbaTiadaAduan pelanggan mengenai masalah produk akhir herba. Aduan ini timbul akibat daripada kesilapan pengilangan, kecacatan produk, kemerosotan kualiti produk dan campur palsu dalam bahan herba. Menurut Amalan Pengilangan Baik, sebarang aduan perlu direkodkan dengan lengkap. Punca sesuatu aduan perlu disiasat dan aduan tersebut diambil tindakan. Rekod aduan juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat masalah yang berulang, pihak berkuasa perlu menarik balik produk herba tersebut dari pasaran. Sebarang aduan yang melibatkan panggil balik atau penyekatan pembekalan produk herba perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa perlesenan.

Kembali ke atas