Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wayang kulitwayang kulitKesenianDrama dan TeaterSatu bentuk seni persembahan tradisional yang menggunakan kelir melalui permainan bayang-bayang daripada pantulan cahaya pada patung pipih di bahagian belakang kelir yang digerakkan oleh seorang dalang. Di Malaysia, permainan wayang kulit biasanya diiringi alat muzik jenis perkusi seperti gendang, gong, cing, canang dan geduk.
transvestitetransvestitKesenianDrama dan TeaterGelaran yang diberikan kepada pelakon lelaki yang memakai kostum dan memainkan peranan wanita. Kewujudan watak tranvestit merupakan satu unsur daya tarikan dalam seni persembahan tradisional Melayu. Contohnya, dalam tradisi permainan muzik ghazal, sesuatu persembahan ghazal hanya lengkap dengan penampilan peranan tranvestit yang menari untuk memeriahkan suasana. Begitu juga dengan permainan hadrah noge yang permainannya menjadi lebih meriah dengan penampilan beberapa orang penari tranvestit yang sedang dikacau atau dirasuk oleh seorang penari lelaki.

Kembali ke atas