crown | tiara | Kesenian | Drama dan Teater | Peralatan yang diperbuat daripada logam seperti emas, yang dihiasi dengan batu permata dan dipakai di bahagian hadapan kepala oleh ratu atau permaisuri. Tiara biasanya digunakan sebagai hiasan oleh watak puteri atau permaisuri dalam teater bangsawan. |
coronation | kemahkotaan | Sejarah | Tiada | Upacara pertabalan raja atau permaisuri, biasanya bagi negara yang mengamalkan pemerintahan raja berpelembagaan atau sistem monarki. |
abdicate | turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi seorang raja atau permaisuri yang merupakan ketua sesebuah negara melepaskan jawatannya sebagai pemerintah. Hal ini berlaku bukan kerana tamat tempoh pemerintahannya tetapi atas kerelaan untuk melepaskan jawatan tersebut. Situasi ini pada tradisinya wujud dalam sistem pemerintahan yang berbentuk monarki. Contohnya, Raja Don Juan Pinto, Brazil, telah turun takhta pada tahun 1882 dan menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada putera beliau Don Juan II. |
motifeme | motifem | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian atau rangka-rangka kecil yang terdapat dalam sebuah cerita yang kesemuanya mempunyai fungsi yang berkaitan. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, permaisuri Raden Mas Ayu mengidam minum air kelapa gading yang batangnya genting di tengah dan Hang Tuah berjaya mendapatkannya. Di sini terdapat dua motifem: 1. Peristiwa mengidam 2. Kejayaan Hang Tuah mendapatkan kelapa tersebut. |
abdication crisis | krisis turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan sesebuah pemerintahan monarki yang mengalami krisis perebutan takhta antara dua atau lebih putera/puteri raja terhadap jawatan raja atau permaisuri yang dilepaskan. Krisis ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik yang akan mencetuskan konflik istana yang berlarutan. Contohnya, krisis antara Raja Hussein dengan Putera Abdullah yang merebut takhta kerajaan Jordan peninggalan ayahanda mereka. |
chivalric literature | sastera kesateriaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain). |
nonnarrative folksongs | nyanyian rakyat tankisahan | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian rakyat yang dikisahkan melalui puisi. Contoh: Syair Bidasari. I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat; Di karang fakir dijadikan hikayat , Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari ; Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkara ; Sangat tiada merasai susah , Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri; Beberapa bulan beberapa hari, Halamilah puteri permaisuri. [hlm. 1 - 4] |