automobile sports | sukan permotoran | Sukan | Tiada | Sukan yang melibatkan pertandingan lumba kereta. |
rally championship | kejohanan rali | Sukan | Tiada | Kejohanan perlumbaan sukan permotoran yang melibatkan pasukan bersaing dengan masa dan kelajuan yang telah ditetapkan melalui pelbagai jalan awam. |
abetment | sekongkol | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan atau perbuatan individu, kelompok atau sesebuah organisasi membantu seseorang atau kelompok tertentu dalam persaingan kuasa politik di sesebuah negara. Tindakan ini bertujuan mencapai sesuatu matlamat bagi pihak yang memberi dan yang menerima bantuan itu. Contohnya, tindakan syarikat gergasi permotoran Amerika Syarikat iaitu Ford Motor bersekongkol dengan calon presiden republik Panama pada tahun 1952. Tindakan Syarikat Ford ini, telah berjaya membantu calon tersebut memenangi perebutan jawatan Presiden Panama. Sebagai balasannya, Syarikat Ford telah diberi hak pemilikan tanah perindustrian. Ini bertentangan dengan perlembagaan dan dasar sebelum tahun 1952 yang tidak membenarkan pemilikan tanah kepada warga asing. Sinonim persubahatan. |
exhaust emission | pancaran ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahan pencemar yang dilepaskan ke ruang atmosfera melalui hujung sistem ekzos. Bahan pencemar ini terhasil daripada proses pembakaran dalam silinder enjin, seperti karbon monoksida, karbon dioksida, gas hidrokarbon yang tidak terbakar serta gas nitrogen oksida (NO). Penghasilan gas ini dikawal oleh piawaian permotoran antarabangsa seperti Euro III dan Euro IV. |
artificial intelligence (AI) | kecerdasan buatan (AI) | Teknologi Maklumat | Perisian | Subbidang Sains Komputer yang berkait rapat dengan pentaakulan simbolik dan penyelesaian masalah. Kebanyakan pakar mengaitkan kecerdasan buatan dengan dua idea asas, iaitu kajian proses pemikiran manusia dan perwakilan kesemua proses tersebut melalui mesin seperti komputer dan robot. Oleh itu, kesemua perilaku manusia serta sesuatu yang boleh dilakukan oleh mesin dianggap cerdas. Aplikasi kecerdasan buatan digunakan dalam pelbagai peranti cerdas seperti dalam bidang keselamatan, perubatan, perbankan dan permotoran. |