Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Perbadanan Nasional (perbadanan yg berusaha menubuhkan syari­kat-syarikat perusahaan dan perniagaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pernas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public corporationperbadanan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah dilaksanakan oleh jabatan kerajaan seperti sektor perindustrian, pertanian, kewangan, perniagaan, pendidikan, pembangunan wilayah, latihan dan sebagainya.Tujuan penubuhan perbadanan awam adalah untuk membolehkan kerajaan melibatkan diri secara langsung dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara dan dalam aktiviti yang melibatkan sektor swasta tidak mahu menceburinya kerana kurang menguntungkan dan memerlukan modal yang besar. Perbadanan awam wujud berikutan peningkatan kehendak persekitaran, taraf hidup dan pembangunan ekonomi. Perbadanan Awam terbahagi kepada dua, iaitu Badan-badan Berkanun dan Badan-badan Bukan Berkanun. Antara contoh perbadanan awam di Malaysia ialah PKEN, BERNAS, PERNAS, FELDA, MARA dan FAMA.


Kembali ke atas