Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.so.a.lan] | ڤرسوءالن

Definisi : 1. sesuatu yg dipersoalkan, masa­lah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, per­bahasan, perbincangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.so.a.lan] | ڤرسوءالن

Definisi : sesuatu yg dipersoalkan; masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
existential criticismkritikan eksistensialismeKesusasteraanTiadaKritikan kontemporari yang mengkaji sesebuah karya sastera dari segi bagaimana cara ia meneroka persoalan-persoalan kewujudan dan dari segi kesan kewujudan kepada pembaca.
themetemaKesusasteraanPuisiPersoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar. Dalam puisi, persoalan atau idea tersebut agak sukar ditentukan kerana bahasa yang menjadi alat penyampaian lebih bersifat menggambarkan dan bukan menceritakan.
open endingakhiran terbukaKesusasteraanTiadaPenutup teks yang tidak menyelesaikan persoalan dalam sesuatu karya. Walaupun sesebuah teks (lisan, tercetak, atau digital) telah berakhir, namun persoalan dalam teks belum diselesaikan. Persoalan ini hidup dan berkembang secara tidak ketara dan berterusan dalam minda atau imaginasi pembaca. Kebanyakan karya tradisional daripada sastera Asia memperlihatkan akhiran terbuka ini, justeru karya ini disebut akhiran ketimuran. Begitu juga dengan karya moden dan pascamodenisme yang tertentu dalam kesusasteraan dunia. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yang mengakhiri cerita tanpa menjelaskan perjalanan hidup Hang Tuah seterusnya. Akhiran terbuka dikenali juga sebagai penyelesaian terbuka.
parapsychologyparapsikologiPsikologiPsikologi UmumBidang yang mengkaji persepsi ekstrasensori (ESP) dan fenomena psikik. Persepsi ekstrasensosri adalah kemampuan individu untuk mempersepsikan kejadian atau persitiwa dengan cara yang tidak boleh dijelaskan melalui kemampuan organ deria biasa. Fenomena psikik pula merujuk kepada peristiwa yang berada di luar hukum atau peraturan sains. Individu dalam bidang ini biasanya cuba menjawab persoalan-persoalan yang berlegar di sekitar fenomena seperti klairvoyans, telepati, prakognisi dan sebagainya.
clerihewsyair ejekanKesusasteraanPuisiSyair yang mengandungi nada dan persoalan yang boleh menimbulkan kesan ejekan. Persoalan yang timbul dalam puisi ini menggambarkan tentang kehidupan tingkah laku yang tidak memberi faedah. Contohnya, syair "Pedoman Belia" karya Za'ba di bawah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
mythmitosKesusasteraanPuisiCerita tentang tema dan persoalan yang menjadi pemikiran kepada seseorang penyair. Lazimnya tema dan persoalan yang diungkapkan adalah berhubung dengan manusia atau makhluk yang luar biasa dari segi sifat dan perwatakannya.
open endingakhiran terbukaKesusasteraanTiada

Penutup teks yang tidak menyelesaikan persoalan dalam sesuatu karya. Walaupun sesebuah teks (lisan, tercetak, atau digital) telah berakhir, namun persoalan dalam teks belum diselesaikan. Persoalan ini hidup dan berkembang secara tidak ketara dan berterusan dalam minda atau imaginasi pembaca. Kebanyakan karya tradisional daripada sastera Asia memperlihatkan akhiran terbuka ini, justeru karya ini disebut akhiran ketimuran. Begitu juga dengan karya moden dan pascamodenisme yang tertentu dalam kesusasteraan dunia. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yang mengakhiri cerita tanpa menjelaskan perjalanan hidup Hang Tuah seterusnya. Akhiran terbuka dikenali juga sebagai penyelesaian terbuka.

prolixitybahasa berjelaKesusasteraanTiadaPenggunaan kata-kata yang berlebihan atau tidak perlu, sehingga persoalan yang hendak disampaikan terasa sengaja dipanjangkan, sedangkan persoalan itu dapat dijelaskan dengan bahasa yang padat dan mudah difahami.
policy paperkertas dasarKomunikasiKorporatMaklumat bertulis mengenai sesuatu isu atau persoalan yang mewakili falsafah, misi, visi, undang-undang, peraturan, dan catatan keseluruhan aktiviti sesebuah organisasi. Maklumat bertulis ini berfungsi sebagai alat menjelaskan proses perancangan, pergerakan, dan tindakan sesebuah organisasi mengenai isu atau persoalan yang melibatkan kepentingan organisasi berkenaan.
agrarian questionpersoalan agrariaGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas