clinic | klinik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bangunan atau jabatan hospital yang memberikan rawatan penyakit-penyakit tertentu atau rawatan perubatan untuk pesakit-pesakit.,2. Pertemuan pengajar-pengajar, penuntut-penuntut dan pesakit-pesakit, biasanya dalam wad hospital untuk pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit. |
placebo | plasebo | Perubatan | Tiada | Bahan tidak aktif yang diberi kepada pesakit-pesakit tertentu yang telah dipilih secara rawak daripada satu kumpulan untuk dibandingkan dengan kesan ubat yang baru didapati yang diberi kepada pesakit-pesakit lain. |
barrier nursing | perawatan sekatan/rawatan sekatan | Perubatan | Tiada | Kaedah pencegahan tersebarnya jangkitan dari seorang pesakit ke pesakit-pesakit lain di dalam wad terbuka. |
American Society of Anaesthesiologists Classification | Klasifikasi Persatuan Anestesiologi Amerika | Perubatan | Tiada | Sistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ‘E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan. |
cross-infection | infeksi silang | Perubatan | Tiada | Jangkitan kuman daripada seorang pesakit kepada pesakit yang lain. Jangkitan ini boleh berlaku melalui udara, titisan, peralatan, sentuhan antara pesakit dengan perawat, dan antara perawat dengan pesakit yang lain. Jangkitan ini sering berlaku di unit rawatan rapi. |
patient database | pangkalan data pesakit | Perubatan | Tiada | Semua maklumat pesakit yang dikumpul dan dicatat dalam rekod kesihatan pesakit sebagai data asas pesakit untuk perancangan jagaan. |
patient database | pangkalan data pesakit | Kejururawatan | Tiada | Semua maklumat pesakit yang dikumpul dan dicatat dalam rekod kesihatan pesakit sebagai data asas pesakit untuk perancangan jagaan. |
outpatient service | perkhidmatan pesakit luar | Kejururawatan | Tiada | Rawatan yang diberi kepada pesakit yang tidak memerlukan pesakit bermalam di wad. Contohnya, pembedahan kecil atau pemeriksaan yang dijalankan di klinik atau di pusat kesihatan harian. |
hospitalization | hospitalisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Kemasukan pesakit ke tempat atau persekitaran kemoterapi atau farmakoterapi. Tindakan ini boleh membantu pesakit meninggalkan persekitaran yang boleh memudaratkan kesihatan. Hospital berfungsi memberi perlindungan kepada pesakit dari segi rawatan, menjalankan diagnosis, bantuan nasihat psikologi dan sebagainya supaya pesakit sentiasa berasa selamat. Walau bagaimanapun, tidak semua hospital atau persekitarannya berada dalam keadaan sempurna sehingga pesakit merasakan keadaan hospital adalah lebih teruk daripada tempat kediaman mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit sukar untuk pergi ke hospital malah boleh menjadi trauma apabila memikirkan pengalaman buruk yang dihadapi. Pesakit mental yang pernah menjalani rawatan di hospital dalam keadaan sedemikian juga boleh berasa serik untuk ke hospital. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada pesakit tersebut tetapi juga kepada keluarga mereka yang keberatan untuk membawa anak mereka mengulangi rawatan di hospital tersebut. |
pediwrap | pediwrap | Perubatan | Tiada | Radas yang digunakan untuk mengawal pergerakan anggota pesakit, terutama pesakit cacat. |