archway | pintu gerbang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian yang memisahkan kawasan dalam dan luar sesebuah monumen atau kota. Pintu gerbang merupakan bahan utama untuk keluar dan masuk ke kawasan tersebut. Contohnya, Masjid Kampung Hulu (Melaka), di bahagian atas pintu gerbangnya terdapat beduk manakala di Kota Kuala Kedah (Kedah) pintu gerbang utamanya disebut Kacapuri. |
battering ram | pelantak pelancar | Kesenian | Seni Bina | Alat yang bersaiz besar dan berat yang diperbuat daripada kayu, besi, batu atau bahan-bahan lain, digunakan untuk memukul dan memecahkan dinding atau pintu bangunan. Alat ini biasanya digunakan oleh ahli bomba atau pihak berkuasa untuk meruntuhkan pintu atau dinding semasa kecemasan. Pada Zaman Pertengahan, alat ini biasanya digunakan untuk meruntuhkan pintu kota yang terkepung atau memusnahkan kubu musuh. |
gateway | pintu gerbang | Kesenian | Seni Bina | Pintu masuk utama sesebuah kawasan, kompleks, bangunan atau bandar. Pintu ini mempunyai pelbagai reka bentuk yang boleh dilalui dan dianggap sebagai mercu tanda sesuatu binaan. Pintu gerbang juga boleh berfungsi untuk menandakan sempadan sesuatu kawasan dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Contohnya, pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan. |
floor console | konsol lantai | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kota membujur di bawah panel pemuka dari tuil gear hingga ke brek tangan, yang menempatkan suis cermin pintu depan kiri dan kanan. |
local authority | pihak berkuasa tempatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang berada di peringkat tempatan seperti kota, bandaran, daerah dan mukim yang memiliki bidang kuasa mengurus dan memelihara kepentingan tempatan seperti kebersihan bandar, pengurusan sampah, cukai pintu, perumahan dan kedai, tempat letak kereta, taman dan rekreasi, khidmat komuniti, urusan alam sekitar dan trafik. Bidang kuasa ini terlebih dahulu telah ditetapkan oleh dewan perundangan dan termaktub dalam perlembagaan. Bagi sebuah negara persekutuan, urusan kerajaan tempatan ini terletak di peringkat negeri. Contohnya, pengutipan cukai pintu berbeza kadarnya antara satu bandar dengan bandar lain bergantung kepada autoriti tempatan kawasan tersebut. Sinonim autoriti tempatan. |
local authority | autoriti tempatan | Pentadbiran | Tiada | Kuasa pemerintahan atau pengurusan di peringkat tempatan seperti kota, bandar atau daerah yang mempunyai autonomi yang tersendiri. Autoriti ini memberi kuasa kepada kerajaan tempatan untuk mengurus dan membangunkan kawasannya dengan menggubal peraturan tertentu. Autoriti tempatan juga boleh menjana pendapatannya sendiri melalui sumber cukai yang dikenakan kepada orang ramai. Kerajaan tempatan berkuasa menentukan kadar cukai pintu, bayaran letak kereta di bandar serta lesen peniaga kecil. |