Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya diperbuat daripada kayu dan berbentuk bulat. Bahagian hadapannya ditutup dengan kulit kambing, sementara lehemya yang panjang ditutup dengan sekeping logam. Sarod tidak berfret dan mempunyai enam utas tali logam yang dipasang pada badan alat muzik tersebut. Talinya dipetik dengan plektrum untuk menghasilkan melodi. Dua utas tali logam lagi dipasang pada badan dan dipetik untuk menghasilkan bahagian dron, iaitu pic yang berterusan. 11 hingga 16 utas tali lagi yang dikenali sebagai tali bergenia simpatetik dipasang pada badan akan bergetar apabila tali tersebut dipetik. Sarod mempunyai empat kekuda yang menyokong tali. Alat muzik ini diletakkan secara mendatar di atas riba dan tali dipetik dengan plektrum yang diperbuat daripada kulit kelapa atau logam. Alat muzik ini yang terdapat di India Utara dimainkan dalam mu
Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya berbentuk bulat dan diperbuat daripada kayu. Lehernya pendek dan berfret. Empat utas tali logam yang dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut dipetik dengan plektrum. Yueh qin yang terdapat di China menghasilkan melodi dalam orkestra Cina moden yang dikenali sebagai huayue tuan. Alat muzik ini juga dikenali sebagai lut bulan kerana bentuk badannya seperti bulan purnama.
Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya kecil dan berbentuk segi empat. Shamisen diperbuat daripada kayu dan kulit lehernya panjang tanpa fret serta mempunyai tiga utas tali yang dipasang pada badan dan leher. Kekuda digunakan untuk menyokong tali dan alat muzik tersebut diletakkan mendatar di atas riba. Tali dipetik dengan plektrum kayu, plastik atau gading. Alat muzik yang terdapat di Jepun ini mempunyai hubung kait dengan alat muzik san xian dari China. Shamisen dimainkan dalam tradisi muzik klasik Jepun. Alat muzik ini menghasilkan melodi untuk mengiringi lagu vokal, penceritaan, teater bunraku dan juga dimainkan dalam ensembel kecil serta orkestra
Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badan dan lehernya yang panjang diperbuat daripada kayu. Lehernya berfret dan mempunyai tujuh utas tali logam yang dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut. Tali dipetik dengan plektrum untuk menghasilkan melodi dan dron. Beberapa utas tali yang dikenali sebagai tali bergema simpatetik dipasang pada badan dan akan bergetar apabila tali tersebut dipetik. Sitar
Thanks for clicking. That felt good.