Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plu.ra.lis.me] | ڤلوراليسمى

Definisi : 1. keadaan yg majmuk, kemaj­mukan: motivasi ini kuat bagi faham ~nya tentang ruang dan waktu; 2. keadaan masyarakat yg terdiri drpd pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dsb: ~ dan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa perlu dihormati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pluralisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pluralismpluralismeSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
pluralismpluralismeKesusasteraanTiadaKonsep amalan yang memanfaatkan pendekatan yang pelbagai. Pemajmukan pendekatan ini bertolak daripada pandangan umum yang menganggap bahawa tiada teori yang dapat memberi semua jawapan, justeru pengkritik memerlukan gabungan pelbagai pendekatan. Konsep pemajmukan ini digunakan dalam sebarang disiplin teori seperti dalam ilmu linguistik kritikan kesusasteraan. Menurut Leech dan Short, pendekatan pemajmukan merupakan suatu kompromi kepada pandangan yang mengutamakan penggunaan satu teori sahaja.
pluralismpluralismeSains PolitikPolitik PerbandinganLihat faham majmuk.
postmodern criminologykriminologi pascamodenKriminologiKeadilan JenayahPendekatan dalam kriminologi yang bersifat pluralisme yang memperakui kepelbagaian huraian tentang punca jenayah. Pendekatan ini menyatakan bahawa tidak wujud hanya satu huraian yang dominan. Pendekatan ini terbuka kepada faktor-faktor luaran yang secara tradisional tidak dianggap menjadi teori jenayah seperti faktor ekonomi, politik dan lain-lain.
pluralismFaham majmukSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menjelaskan sebuah masyarakat yang memiliki kepelbagaian sama ada dari segi kelompok etnik, parti politik, pertubuhan pendesak atau individu. Setiap kelompok memiliki minat dan kepentingan yang berbeza serta bersaing antara satu sama lain dalam mempengaruhi dasar negara mengikut peraturan yang ditetapkan. Kepelbagaian dan kebebasan merupakan ciri utama fahaman ini iaitu hak dan tanggungjawab setiap kelompok atau individu perlu dihormati. Dalam masyarakat yang majmuk, kepelbagaian ini sering ditonjolkan dalam bentuk kaum atau ras manakala dalam masyarakat yang lebih kompleks ditonjolkan oleh parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang pelbagai. Fahaman ini menolak penguasaan kelas atasan terhadap masyarakat atau sekatan terhadap kebebasan persaingan politik. Sinonim pluralisme.

Kembali ke atas