sex ratio | nisbah seks | Biologi | Genetik | Nisbah progeni jantan terhadap progeni betina yang terhasil daripada sesuatu kacukan. |
polycross progeny | progeni kacukan berbilang | Pertanian | Agronomi | Sekumpulan tanaman atau tumbuhan daripada benih hasil kacukan berbilang. Progeni kacukan berbilang akan dinilai dan dibuat pemilihan untuk mendapatkan baka yang terbaik. Lihat juga kacukan berbilang. |
transfection | transfeksi | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | 1. Proses sel eukariot menerima DNA asing dan seterusnya DNA ini direplikasi dan diwariskan ke sel progeni. Hal ini menyebabkan sel progeni mem- peroleh ciri sel induk dan ciri baharu yang dibawa oleh DNA asing. 2. Proses semula jadi pengambilan DNA bakteriofaj oleh bakteria. |
gen imprinting | peneraan gen | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Fenomena ekspresi gen luar biasa dalam progeni oleh satu alel yang diwarisi daripada salah satu induk (ibu atau bapa). Peneraan gen yang berlaku hasil daripada metilasi DNA pada salah satu alel induk menyebabkan alel tersebut senyap atau tidak aktif dalam progeni. Peneraan gen dikaitkan dengan sindrom Prader-Willi. Sindrom ini disebabkan oleh gangguan pada kromosom 15 pada pihak bapa yang menyebabkan anak mengalami kerencatan mental, obesiti dan gonad yang tidak berkembang. Sinonim peneraan molekul. |
progeny | progeni | Kependudukan | Tiada | Tiada |
progeny | progeni | Perikanan | Tiada | Tiada |
progeny | progeni | Pertanian | Tiada | Tiada |
progeny | progeni | Perhutanan | Tiada | Tiada |
progeny | progeni | Herba | Botani dan Bioteknologi | Anak-anak yang terhasil melalui pembiakan induk tumbuhan. |
progeny | progeni | Biologi | Genetik | Anak, zuriat, atau turunan. |