Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.pé.lan] | ڤروڤيلن

Definisi : (propélan) 1. bahan api roket; 2. gas mampat dlm sesuatu bekas yg berfungsi utk menolak keluar isi bekas (dlm bentuk aerosol). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata propelan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
propellantpropelanKimiaTiada1. Bahan api roket. 2. Gas mampat yang digunakan untuk mengeluarkan kandungan sesuatu bekas dalam bentuk aerosol. Propelan yang digunakan ialah butana, propana, karbon dioksida dan nitrus oksida.
aerosolacrosolPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAmpaian zarah cecair atau pepejal dalam gas. Aerosol mengandungi propelan lengai yang tercair di bawah tekanan. Alkana berhalogen , seperti diklorodifluorometana, sering digunakan sebagai propelan dan pelarut racun serangga dalam bekas aerosol. Aerosol berhalogen dipercayai kekal terampai dalam atmosfera, dan penggunaan yang berlebih boleh merosakkan lapisan ozon
FreonFreonKimiaTiadaKumpulan sebatian klorofluorokarbon yang wujud dalam bentuk cecair yang jernih, berbau seperti eter dan tidak berwarna. Freon tidak reaktif, tidak mudah terbakar atau meletup, tidak mengakis dan tidak beracun. Sebatian ini digunakan sebagai bahan penyejuk, bahan propelan aerosol, cecair pencuci dan pelarut.
ceriumseriumKimiaTiadaUnsur logam nadir bumi dalam siri lantanid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol Ce, nombor atom 58, berat atom 140.12, nombor pengoksidaan +3 dan +4, takat lebur 795°C, takat didih 3257°C, berbentuk pepejal kelabu, sangat reaktif, mulur, agen penurunan yang kuat dan terdapat empat isotop yang stabil. serium diperoleh daripada pengekstrakan bijih serit, bastnasit dan monazit. Unsur ini digunakan untuk membuat aloi, propelan roket dan sebagai mangkin dan agen penurunan.
lanthanumlantanumKimiaTiadaUnsur logam nadir bumi dalam siri lantanid dan ahi kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol La, nombor atom 57, berat atom 138.905, nombor pengoksidaan +3, takat lebur 920oC, takat didih 3454oC, berbentuk pepajal berwarna putih yang mulur, tertempakan, larut di dalam asid dan terdapat dua isotop yang stabil, iaitu La-139 dan La-138. Lantanum diperoleh daripada bijih monazit dan bastnasit. Unsur ini digunakan untuk membuat peranti elektronik, aloi piroforik, propelan roket, fosfor, dan sebagai mangkin dan agen penurunan.
nitrous oxidenitrus oksidaKimiaTiadaSebatian tak organik, formula N2O, takat beku -90.8°C, takat lebur -88.5°C, berbentuk gas yang tidak berwarna, tidak reaktif, tidak terbakar (tetapi membantu pembakaran), larut di dalam air, eter, etanol dan asid sulfurik pekat. Oksida ini disediakan melalui pemanasan terkawal ammonium nitrat hingga 200°C dan gas yang terhasil dilalukan melalui larutan ferum(II) sulfat untuk menyingkirkan benda asing nitrogen monoksida. Gas ini digunakan sebagai anestetik, gas propelan dan penyurih kebocoran. Nama umum nitrus oksida ialah gas ketawa.
caesiumsesiumKimiaTiadaUnsur logam alkali dalam kumpulan 1A (atau 1) jadual berkala, simbol Cs, nombor atom 55, berat atom 132.9, nombor pengoksidaan +1, +2 dan +3, takat lebur 29°C, takat didih 66.9°C, berbentuk pepejal lembut, larut di dalam asid dan alkohol, sangat reaktif, mudah terbakar dan menguraikan air. Sumber semula jadi sesium ialah bijih polukit. Sesium diperoleh daripada penurunan termokimia sesium klorida dengan kalsium, dan digunakan untuk membuat sel fotoelektrik, propelan roket dan sebagai mangkin.
chlorineklorinKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, iaitu ahli kumpulan halogen, simbol CI, nombor atom 17, berat atom 35.435, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +4, +5 dan +7, takat beku –101.6oC, takat didih –34.6oC, wujud sebagai gas dwiatom yang berwarna hijau kekuningan, berbau sengit, tidak terbakar tetapi membantu pembakaran, beracun dan merupakan unsur yang sangat elektronegatif serta agen pengoksidaan yang sangat kuat. Unsur ini terdapat dalam dua bentuk isotop yang stabil, iaitu CI-35 dan CI_37. Klorin disediakan secara elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan elektrod karbon, atau secara elektrolisis asid hidroklorik. Unsur ini digunakan sebagai agen pengklorinan dan untuk membuat racun perosak, plastik, bahan penyejuk, propelan, bahan peluntur dan sebatian lain seperti karbon tetraklorida.

Kembali ke atas