insanity defense | pembelaan tak siuman | Psikologi | Psikologi Umum | Pengakuan yang sah dari segi undang-undang bahawa seseorang itu tidak dapat membezakan antara perkara yang salah dengan yang tidak salah semasa melakukan jenayah. Individu yang melakukan jenayah ini biasanya mengalami gangguan mental atau kecelaruan psikologi. Di Amerika Syarikat, pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang tidak siuman dianggap sebagai tidak bersalah. Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami masalah psikologi boleh dianggap sebagai tidak siuman. Individu yang mempunyai gangguan delusi yang teruk sahaja boleh dimasukkan dalam kategori tidak siuman. Namun, tidak banyak kes perbicaraan yang melibatkan pembelaan tak siuman. Berdasarkan kajian Phillips, Wolf dan Coons (1988), walaupun khalayak beranggapan kes pembelaan tak siuman ini banyak berlaku dalam kes mahkamah sehingga 37% tetapi data yang dapat dikumpulkan tidak lebih daripada 1%. |
category scale | skala kategori | Psikologi | Psikologi Umum | Hubungan antara skor numerik dengan sesuatu atribut atau kuantiti yang diukur. Skala ini mengelompokkan data berdasarkan nombor atau kategori tertentu yang umumnya tidak memberi makna. Contohnya, bagi membezakan respons berdasarkan jantina, nombor 1 digunakan untuk lelaki dan 2 untuk perempuan. Walau bagaimanapun, skala ini tidak bermakna lelaki lebih baik daripada perempuan. |
apraxia | apraksia | Psikologi | Tiada | 1. Ketidakupayaan untuk melaksanakan pergerakan berguna walaupun tidak terdapat kecacatan deria atau motor. 2. Ketidakupayaan untuk menggunakan objek secara betul. |
apathy | apati | Psikologi | Tiada | 1. Sikap tidak mempunyai perasaan belas kasihan atau tidak ambil peduli. 2. Ketiadaan minat. |
amnion | amnion | Psikologi | Tiada | 1. Membran fetus reptilia, unggas, dan mamalia. 2. Pada serangga, membran embrio sebelah dalam. 3. Amnion bak membran yang ditemui dalam invertebrat lain. 4. Sampul ovul tertentu yang likat. |
addiction | ketagihan | Farmasi | Farmakologi | 1. Suatu keperluan fizikal atau psikologi yang kompulsif dan tidak dapat dikawal terhadap sesuatu bahan yang mempengaruhi tabiat seseorang. Contoh bahan yang mempengaruhi tabiat seseorang ialah dadah dan alkohol. Dalam ketagihan fizikal, badan menyesuaikan diri kepada bahan yang digunakan dan secara beransuransur memerlukan jumlah dadah yang meningkat untuk menghasilkan kesan yang asalnya hanya dihasilkan oleh pengambilan dos yang kecil. 2. Suatu keadaan yang menyebabkan seseorang individu bergantung pada sesuatu secara abnormal, yang secara psikologi dan fizikalnya mempengaruhi tabiat, terutamanya kebergantungan secara kompulsif dan tidak terkawal terhadap alkohol dan dadah narkotik. |
case history | sejarah kes | Perubatan | Tiada | 1. Sejarah lengkap perubatan, sosial, keluarga dan psikologi pesakit sebelum ia diserang penyakit semasa. |
conception | konsepsi | Kejururawatan | Tiada | 1. Dalam ginekologi, proses persenyawaan dan seterusnya permulaan kehamilan. 2. Dalam psikologi, buah fikiran atau tanggapan mental. |