staff | staf | Muzik | Tiada | Sekumpulan lima garisan untuk menulis not muzik. Dua kumpulan staf yang digabungkan sebagai staf trebel dan staf bes dikenali sebagai grand staff. |
rebana ubi | rebana ubi | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Rebana ubi diperbuat daripada kayu, baluhnya berbentuk kon dan mempunyai satu muka kulit yang bergaris pusat hampir satu meter. Kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan tebal dan kulit ditegangkan dengan tali rotan dan sendal kayu yang diselitkan antara badan dengan tali rotan. Baluh dan kulit dihiasi logo atau lambang sesuatu kumpulan atau desa. Coraknya bermotifkan geometri yang dicat berwarna-warni. Rebana ubi biasanya digantung atau diletakkan di atas tanah secara menegak dan kulitnya dipukul dengan tangan atau pemukul yang berbalut. Rebana ubi yang dimainkan secara ensembel menghasilkan rentak terhasil bagi tujuan pertandingan atau hib |
Netherlands School | Netherlands (kumpulan) | Muzik | Tiada | Sekumpulan komposer Belanda yang amat aktif di Itali, Perancis, Sepanyol dan Jerman pada abad ke-15 dan abad ke-16. Kumpulan Netherlands dibahagikan kepada tiga cawangan yang diketuai oleh Dufay (sekitar tahun 1397-1474), Ockeghem (sekitar tahun 1420 -1497) dan Josquin Des Pres (sekitar tahun 1450-1521). Cawangan pertama dikenali sebagai kumpulan Burgundi atau Burgundian School, cawangan kedua dan ketiga dikenali sebagai kumpulan Flemish atau Flemish School.< |
Flemish School | Flemish (kumpulan) | Muzik | Tiada | Generasi komposer kumpulan Netherlands kedua pada Zaman Pembaharuan. Komposer utama antaranya terdiri daripada Ockeghem (lebih kurang tahun 1420-1497), Obrecht (lebih kurang tahun (1457/1458-1505), Heinrich Isac (lebih kurang tahun 1450-1517), Josquin Des Prés (lebih kurang tahun 1450-1521) dan Willaert (lebih kurang tahun 1490-1562). Karya komposer kumputan Flemish bertekstur polifoni tiruan, iaitu tekstur yang berdasarkan baris melodi yang meniru antara satu dengan yang lain. Bentuk utama antaranya ialah motetus, missa, chanson, madrigal dan lied. Kumpulan Netherlands terdiri daripada kumpulan Burgundi dan kumpulan Flemish. Lihat Franco-Flemish |