radiosonde | radiosond | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Peralatan yang dibawa ke udara oleh belon khas yang digunakan dalam pengukuran dan penghantaran serentak data meteorolgi. Peralatan ini terdiri daripada transduser, untuk mengukur tekanan, suhu, dan kelembapan; modulator, untuk menukarkan keluaran transduser supaya menjadi suatu kuantiti yang mengawal sifat isyarat frekuensi radio; suis pemilih, untuk menentukan jujukan penghantaran parameter; dan penghantar, untuk menjanakan pembawa frekuensi radio. Terdapat pelbagai jenis radiosond termasuk, radiosond termodulat radio, radiosond kronometri, radiosond penghantar kod, radiosond Diamond-Hinman, radiosond termodulat radio denyutan masa, dan radiosond frekuensi radio boleh ubah. |
radiosonde | radiosond | Sains | Hidrometeorologi | Alat yang dinaikkan ke udara oleh belon untuk pengukuran dan penghantaran serentak data meteorologi. Alat ini terdiri daripada transduser bagi mengukur tekanan, suhu, dan kelembapan; modulator untuk menukarkan keluaran transduser supaya menjadi suatu kuantiti yang mengawal sifat isyarat frekuensi radio; suis pemilih yang menentukan jujukan penghantaran parameter; dan penghantar yang menjanakan pembawa frekuensi radio. Jenis radiosond termasuklah, radiosond termodulasi radio, radiosond kronometri, radiosond Diamond-Hinman, radiosond termodulasi radio denyut-masa, dan radiosond frekuensi radio pembolehubah. |
radiosonde observation | pencerapan radiosond | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pencerapan udara atas melalui isyarat radio yang diterima dari belon radiosond untuk mendapatkan nilai suhu, tekanan, kelembapan, laju dan arah angin. Pencerapan udara atas merangkumi pencerapan radiosond, pencerapan belon duga, dan pencerapan pesawat udara. Stesen gunung yang cukup tinggi boleh juga dipertimbangkan dalam rangkaian pencerapan udara atas pada ketinggian tersebut. |
radiosonde recorder | perakam radiosond | Aeroangkasa | Tiada | Alat perakam isyarat radiosond yang terletak di stesen bumi. |
radiosonde station | stesen radiosond | Aeroangkasa | Tiada | Stesen meteorologi yang melakukan pencerapan radiosond. |
pulse-time -modulated radiosonde | radiosond termodulat denyut masa | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Radiosond yang menghantar maklumat meteorologi yang dideria dalam bentuk denyut berselang masa. Data meteorologi dinilai daripada selang di antara denyut-denyut tadi. Telemeter meteorologi yang pertama yang dicipta oleh Olland dalam tahun 1875 telah menggunakan prinsip ini. |
radiosonde balloon | belon radiosond | Aeroangkasa | Tiada | Belon bergas ringan yang digunakan untuk menaikkan radiosond ke atmosfera. |
radiosonde observation | pencerapan radiosond | Aeroangkasa | Tiada | Pencerapan suhu, kelembapan nisbi dan tekanan atmosfera daripada isyarat radio yang diterima daripada radiosond. |
radiosonde recorder | pencatat radiosond | Sains | Hidrometeorologi | Alat yang diletakkan di stesen cerapan permukaan dan digunakan untuk mencatat data yang dihantar oleh radiosond dari atas. |
radiosonde observation | cerapan radiosond | Sains | Hidrometeorologi | Penilaian tentang suhu, kelembapan nisbi dan tekanan di atas, daripada isyarat radio yang diterima dari beloh radiosond; ketinggian setiap atas tekanan mandatori dan berenti bagi cerapan dikira daripada data ini. |