Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.gu.ra.gu] | راݢو٢

Definisi : syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.gu.ra.gu] | راݢو٢

Definisi : syak; waswas: Rupa-rupanya mereka masih ~ ttg kejujuranku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragu
Kata Terbitan : ragu-ragu, meragui, meragukan, keraguan, keragu-raguan,

Peribahasa

454

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berminyak biar licin

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homophonehomofonKesusasteraanPuisiPenggunaan yang sama pertuturannya namun berlainan ejaan, dan ertinya pun berbeza. Contohnya, perkataan sangsi dengan sanksi. Kedua-duanya apabila dilafazkan berbunyi sangsi, namun bila dilihat dari segi erti sanksi bermakna ancaman hukum sedangkan sangsi adalah ragu-ragu.
taxanomic classificationpengelasan taksonomiHerbaTiadaPengelasan herba mengikut sistem pengelasan botani yang menurut asal usul tumbuhan berdasarkan kelas, order, famili, genera dan spesies. Sistem ini menyediakan peraturan yang tepat dan teratur dan boleh digunakan untuk menyesuaikan sebarang herba dalam kumpulannya tanpa ragu-ragu. Walau bagaimanapun, sistem pengelasan ini tidak begitu popular.
vaccine-hesitant groupkumpulan ragu vaksinKesihatan AwamTiadaKumpulan yang melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin.
apocryphakarya raguKesusasteraanTiadaTiada
doubtful matchpadanan raguKependudukanTiadaTiada
doubtful accountakaun raguPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
doubtful debthutang raguPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
doubtful debthutang raguEkonomiTiadaTiada
nervous sellingjualan raguEkonomiTiadaTiada
doubtful resultkeputusan raguVeterinarTiadaTiada
123

Kembali ke atas