Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brushworkkerja berusArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPerbuatan yang melibatkan aktiviti memberus. Berus yang digunakan biasanya dari jenis lembut seperti berus bulu unta. Kerja ini dilaksanakan apabila data artifak, ekofak dan fitur mula ditemui semasa penggalian seperti rangka manusia, struktur bangunan, tembikar tanah, alat batuan dan arang. Kerja ini memerlukan pemerhatian cermat semasa melakukan gali cari serta kerja pembersihan artifak dan fitur. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kedudukan sebenar jumpaan tersebut agar tidak rosak, cacat dan pecah. Kerja berus juga dilakukan pada tahap membersihkan artifak yang dipenuhi kotoran dengan menggunakan air bersih.
enclosed rhymerima berpelukKesusasteraanPuisiBunyi suku kata akhir puisi empat baris serangkap. Baris pertamanya berima atau sama bunyi dengan baris keempat, dan baris keduanya sama bunyi dengan baris ketiga. Contohnya, susunan rima a b b a. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, Hasil manusia gila perang membunuh mesra, Bunga merah berkembang indah minta disembah.
haematitehematitArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahan pewarna merah yang diperoleh daripada batu kawi atau batu lada. Bahan tersebut dihancurkan bersama-sama dengan air dan lemak tumbuh-tumbuhan atau lemak binatang sehingga menghasilkan warna merah yang pekat. Hematit dilambangkan sebagai unsur darah, bererti kehidupan yang berterusan. Kegunaannya adalah untuk mewarnakan tembikar tanah, lukisan dinding, rangka manusia dan hiasan badan.
rockshelter sitetapak pelindung batuanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak semula jadi yang berbentuk seperti gua yang terletak di kawasan bukit yang mempunyai bahagian atas melindunginya daripada panas dan hujan. Tapak batuan ini mempunyai saiz yang besar dan sesuai didiami lebih daripada satu keluarga sebagai kawasan perlindungan atau tempat tinggal. Tapak ini biasanya didiami dengan bukti penemuan rangka manusia, tinggalan sisa makanan dan tembikar di Gua Taat (Terengganu) dan Gua Cha (Kelantan).
anthropologyantropologiSains ForensikTiadaSains yang mengkaji tentang asal usul, ciri-ciri fizikal masyarakat dan budaya manusia yang boleh membantu kerja-kerja forensik bagi mengenal pasti rangka, makanan atau pakaian manusia yang ditemui.
adrenalineadrenalinaBioteknologiTiadaHormon katekolamina yang dihasilkan daripada medula adrenal mamalia dan manusia. Hormon ini merangsang sistem saraf simpatetik semasa keadaan tertekan, merangsang pengaliran darah ke otot rangka, dan meningkatkan aras glukosa darah. Hormon ini juga dikenal sebagai epinefrina.
secondary burial jarperkuburan tajau sekunderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenguburan kali kedua yang menggunakan tempayan tanah. Perkuburan tajau sekunder paling awal di Asia Tenggara ialah di Gua Niah (Sarawak) yang berusia sekitar 2000 SM. Tempayan tanah ini digunakan untuk tujuan pembakaran rangka mayat. Pada waktu yang sama terdapat juga lebih daripada seorang individu dikuburkan secara bersama-sama, tetapi ini jarang berlaku. Bekal pengebumian yang kerap ditemui pada perkuburan tajau sekunder ini ialah tembikar tanah dwimuncung, dipercayai digunakan untuk tujuan ritual semasa penguburan. Ketika Zaman Logam dan seterusnya, pembakaran mayat tidak dilakukan lagi, tetapi tempayan tanah diisi dengan tulang manusia sahaja. Bekal pengebumian yang kerap ditemui terdiri daripada beliung batu, objek logam, gangsa, pisau besi dan manik kaca. Perkembangan penguburan ini berakhir sekitar 1000 tahun di Sabah sementara di Sarawak sekitar zaman sejarah kerana pernah ditemui tempayan tembikar batu China yang menggantikan tempayan tanah tempatan. Antara tapak penemuan di Bukit Tengkorak, Pusu L

Kembali ke atas