Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.tai] | رنتاي

Definisi : 1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian, ren­tetan, deretan memanjang, leretan: konfron­tasi, putusnya hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~ drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan, kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar ban­­dar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah, belenggu; berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai be­rangkai-rangkai (berangkaian), ber­turut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rang­kai (bersambung-sambung); merantai 1. mengikat dgn rantai, mem­belenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki meng­hambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah di­rantai kota; rantaian untaian, rangkaian, rentetan, run­tunan; orang ~ orang rantai; perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tai] | رنتاي

Definisi : 1 tali drpd cincin-cincin logam yg berangkai-rangkai: ~ leher; ~ besi. 2 pertalian; ikatan: ~ kasih. berantai memakai rantai; mempunyai rantai: Kucingnya itu diberi ~ manik. berantai-rantai berturut-turut lepas satu, satu; berangkai-rangkai: peristiwa sejarah yg ~. merantai menambat (mengikat) dgn rantai; membelenggu: Ia ~ gajahnya dgn rantai besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ran.tai] | رنتاي

Definisi : ukuran panjang yg bersamaan dgn 22 ela atau 20.117 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantai (kata nama)
1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,

2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,

Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian,

Puisi
 

Budak-budak bermain tombak,
     Tombak diikat dengan rantai;
Kalau kutakut dilambung ombak,
     Tak ku berumah di tepi pantai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun,
     bila terlepas ke hutan juga larinya.

Bermaksud :

Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amylopectinamilopektinKimiaBiokimiaKanji yang terbentuk daripada rantai glukosa bercabang. Rantai-rantai ini diikat melalui ikatan α-1,4-glukosida dan bercabang melalui ikatan glikosa α –1,6-glikosida. Rantai-rantai bercabang ini terdiri daripada 14-25 unit glukosa.
chatelainesatelainKesenianTiadaRantai-rantai pendek yang terpasang pada tali pinggang untuk menggantung kunci dan lain-lain. Rantai ini popular pada abad ke-19.
glycogenglikogenPerubatanTiadaKarbohidrat yang terdiri daripada rantai-rantai bercabang unit glukosa, yang terbentuk dan tersimpan terutamanya di dalam hati, dan juga otot.
crosslinkingpemaut silangKejuruteraanTiadaPembentukan ikatan sisi di antara rantai-rantai yang berlainan dalam polimer, dan menyebabkan bertambahnya ketegaran polimer itu.
homochain polymerpolimer homorantaiKimiaTiadaPolimer yang terbina daripada rantai-rantai yang mengandung satu jenis monomer.
crosslinkingpaut silangKejuruteraanTiadaPembentukan ikatan sisi di antara rantai-rantai yang berlainan dalam polimer, dan menyebabkan bertambahnya ketegaran polimer itu.
jack chainrantai gelung penaik; rantai penahan;rantai jackKesenianTiadaRantai bermata bentuk lapan yang dipakai sebagai hiasan oleh lelaki pada abad ke-7.
crosslinked polymerpolimer berangkai silangKejuruteraanTiadaPolimer yang mempunyai ikatan-ikatan sisi di antara rantai-rantai yang berlainan dalam polimer itu, dan menyebabkan bertambahnya ketegaran polimer.
quaternary structurestruktur kuaternerKimiaBiokimiaStruktur protein yang berupa susunan subnit protein dan terbentuk setelah berlakunya saling tindak antara rantai-rantai polipeptida individu.
micellesmiselKejuruteraanPetroleumAgregat molekul organik dan bukan organik yang terbentuk dalam larutan koloid. Unit-unit individu dari molekul bergabung antara satu sama lain secara kimiawi, membentuk rantai-rantai yang panjang dan terletak bersebelahan sehingga berbentuk berkas. Sebagai contoh, dalam lumpur penggerudian, apabila bentonit menghidrat, sejumlah tertentu ion naterium atau ion-ion logam lainnya akan masuk ke dalam larutan. Partikel-partikel lempung berserta ion-ion logam yang mengelilingi partikel inilah yang secara teknikal disebut misel.
12345678910...

Kembali ke atas