amylopectin | amilopektin | Kimia | Biokimia | Kanji yang terbentuk daripada rantai glukosa bercabang. Rantai-rantai ini diikat melalui ikatan α-1,4-glukosida dan bercabang melalui ikatan glikosa α –1,6-glikosida. Rantai-rantai bercabang ini terdiri daripada 14-25 unit glukosa. |
DDT | DDT | Biologi | Ekologi | Nama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara. |
protomer | protomer | Kimia | Biokimia | 1. Rantai polipeptida di dalam sesuatu protein oligomer, seperti rantai alfa atau beta di dalam hemoglobin. 2. Subunit atau monomer yang sama di dalam enzim pengawal atur. |
chain | rantai | Matematik | Tiada | Unit ukuran panjang yang bersamaan dengan 22 ela; 1 rantai ≃ 20.1168 meter. |
chain propagation | perambatan rantai | Kimia | Tiada | 1. Perpanjangan rantai.,2. Keadaan tahap kedua pada tindak balas rantai. |
timing chain | rantai pemasaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Rantai logam yang menghubungkan aci engkol yang memacu aci sesondol. Rantai ini dihubungkan kepada kedua-dua aci melalui gegancu. Rantai ini juga memutarkan aci sesondol pada arah yang sama dengan aci engkol pada nisbah kelajuan 1:2. Banding tali sawat pemasaan. |
chain initiation | pemulaan rantai | Kimia | Tiada | 1. Proses pengawalan atau pemulaan rantai di dalam sintesis protein.,2. Tahap pertama dalam tindak balas rantai. |
link | paut; link | Kejuruteraan | Tiada | 1. Anggota pendek yang digunakan sebagai sokong satu arah bagi struktur.,2. Komponen penghubung pada bahagian mesin yang bergerak.,3. Satu per seratus daripada rantai jurutera, atau daripada rantai Gunter.,4. Sistem pemancar-penerima yang menghubungkan dua lokasi.,5. Bahagian subatur cara pada komputer digit, yang menghubungnya kepada atur cara utama.,6. Laluan, dalam pensuisan automatik, di antara dua unit radas pensuisan dalam pejabat pusat.,7. Rutin perisian yang membenarkan pemindahan data di antara atur cara yang tak serasi.,8. Laluan atau saluran komunikasi di antara dua komponen atau peranti.,9. Menyambung atau mengantara muka dua perisian atau perkakasan. |
amylose | amilosa | Kimia | Biokimia | Kanji yang larut di dalam air dan terbentuk daripada unit-unit glukosa yang diikat melalui ikatan 1,4-glikosida hingga membentuk rantai panjang tidak bercabang. Rantai ini berpintal, distabilkan oleh ikatan hidrogen dan mempunyai 6 monosakarida dalam satu pusingan. |
accumulator | penumpuk | Sukan | Pelayaran | 1. Bahagian elastik pada tali atau rantai bagi mengelakkan tali atau rantai daripada putus disebabkan tarikan mengejut. 2. Tangki keluli untuk menyimpan angin mampat yang digunakan untuk menghidup enjin diesel kapal. |